Digital Durian telah melancarkan dua aplikasi baharu ‘Aplikasi Didi & Friends’ dan ‘Aplikasi Omar & Hana’ sebagai salah satu langkah proaktif syarikat itu dalam mengukuhkan jenamanya sebagai salah satu peneraju kandungan berbentuk edutainment tanah air.
Aplikasi berbayar serendah RM5.90 sebulan dan RM59.90 setahun kini boleh mula dimuat turun di Google Play Store bagi penguna Android, dan bagi peranti iOS di App Store dalam masa yang terdekat.
Sinan Ismail, Pengarah Eksekutif Digital Durian berkata, Digital Durian sentiasa berusaha untuk menghasilkan kandungan yang mengujakan dan bermanfaat buat seisi keluarga terutamanya bagi kanak-kanak pra-sekolah, menerusi siri animasi kami ‘Didi & Friends’ dan ‘Omar & Hana’.
“Kami percaya bahawa kedua aplikasi mesra kanak-kanak ini boleh menjadi salah satu medium bagi ibu bapa dan tenaga pengajar untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan menghiburkan bagi anak-anak.
“Dengan adanya kandungan pembelajaran eksklusif baharu yang akan dikemaskinikan di kedua-dua aplikasi ini pada setiap minggu, kami menyasarkan seramai 50,000 pengguna aktif bulanan secara purata di Malaysia bagi tahun pertama pelancarannya,” kata Sinan.
Antara yang menarik di aplikasi Didi & Friends dan Omar & Hana ini adalah ciri gamifikasinya di mana pengguna akan dihadiahkan ‘bintang’ berdasarkan aktiviti yang dilakukan di aplikasi itu.
Bintang-bintang yang terkumpul boleh ditebus untuk menukar ‘avatar’ pengguna mengikut kesukaan mereka.
Bagi aplikasi Didi & Friends, kanak-kanak boleh mendapat akses kepada pelbagai jenis topik pembelajaran terutamanya STEAM – sains, teknologi, kejuruteraan, kesenian dan matematik – manakala aplikasi Omar & Hana pula memfokuskan kepada doa-doa harian, selawat, zikir, kisah Nabi dan Al-Quran dan sebagainya.
‘Didi & Friends’ dan ‘Omar & Hana’ merupakan hasil produksi usaha sama Digital Durian dan Astro.
Sehubungan dengan itu, Digital Durian menawarkan 3 bulan langganan percuma, eksklusif bagi pelanggan Astro yang mengunakan telefon pintar atau tab pintar Android melalui program kesetiaan pelanggannya, Astro Rewards mulai 20 Julai hingga 20 September 2020.
Pelanggan Astro hanya perlu melayari laman web rasmi Astro Rewards bagi menebus kod unik tawaran ini. Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, serta langkah-langkah tebusan, layari www.rewards.astro.com.my.
Aplikasi ‘Didi & Friends’ dan ‘Omar & Hana’ terdapat dalam Bahasa Melayu manakala bagi aplikasi ‘Omar & Hana’ juga terdapat dalam Bahasa Inggeris untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Kamaruddin Razal
Tue Jul 21 2020
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.