Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel enggan memberi komen lanjut terhadap isu pemberian jam tangan oleh pelawak yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu pada sekitar Februari lalu.
Memandangkan Shuib sedang dalam siasatan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penggubahan wang haram, Gempak telah menghubungi Naim untuk mendapatkan sedikit komen.
Ditanya sama ada mahu memulangkan kembali jam tersebut ataupun tidak, Naim enggan memberi komen lanjut dan hanya mendoakan kebaikan buat Shuib dan isterinya, penyanyi Siti Sarah.
"Berkenaan hal ini, saya tak mahu komen apa-apa sebab kita pun tak tahu lagi bagaimana penghujungnya nanti.
"Saya hanya pandang ke hadapan dan mendoakan supaya urusan Shuib dan Sarah dipermudahkan, Insya-Allah," katanya.
Terdahulu, Shuib telah menghadiahkan jam tangan kesayangannya kepada Naim ketika penyanyi itu hadir ke konti radio Hot FM untuk ditemu bual selepas memenangi tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).
Menerusi laporan Gempak pada 2 Oktober 2020, Shuib menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di SPRM adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran dalam perniagaan.
BACA : "Saya Anggap Ini Dugaan"- Shuib Ditahan 23 Jam Di SPRM
Asraf Aided
Tue Oct 13 2020
Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam
Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof Sheriff kini sudah meraih kutipan RM60.5 juta.
Penjelasan Ning Baizura Terhadap Isu ‘Who’s That’ & All Eyes On Rafah Tuai Pelbagai Respons Netizen
Respons penyanyi Ning Baizura mengenai isu dilabel tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin mendapat perhatian ramai.
“Tiada Cadangan Tarik Report” - Naim Daniel
Penyanyi Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya telah ditahan baru-baru ini.
Dua Individu Kantoi ‘Berasmaradana’ Atas Jalan Raya? Netizen: “Tak Panas Ke?”
Rakaman dua individu yang didakwa melakukan hubungan intim di atas jalan raya meraih pelbagai reaksi daripada wargamaya.
Abang Tesla Tanya, Kenal Marissa Atau Tidak? Ini Jawapan Umisya…
Demikian jawapan yang diberikan oleh Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Danial Hakim apabila disoal mengenai wanita tersebut.
Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Bakal Beri Kenangan Istimewa Buat Peminat
Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa iaitu ‘Jilid Rockerstra Ella: Rockers Juga Manusia’.
AirAsia Perkenal Nursing Cover Untuk Juruterbang & Kru Kabin Baru Jadi Ibu
Sempena meraikan Hari Ibu, AirAsia mengumumkan penambahan kain penutup penyusuan kepada kit pakaian seragam juruterbang dan kru kabin yang baru bergelar ibu.
Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Avril Lavigne Komen Teori Konspirasi Telah Mati & Diganti Wanita Berwajah Sama
Avril Lavigne merupakan seorang penyanyi yang cukup popular pada awal tahun 2000 dengan genre pop-punk.