Eira Aziera yang mengaku dirinya sebagai personaliti media sosial atau influencer akhirnya harus menanggung ketelanjuran sikapnya apabila berdepan saman bernilai RM2 juta.
Saman tersebut difailkan oleh peguam bagi pihak Suharnizan Md Sidek, 37, iaitu Mohd Rasheed Hassan yang mengatakan ia sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan kemudiannya akan diserahkan kepada pihak personaliti itu.
Itu adalah 'hadiah' sebagai susulan tindakannya yang didakwa menghina bentuk fizikal seorang wanita menerusi Facebook (FB) secara langsung, pada 18 Ogos lalu.
"Hari ini saman sudah didaftar di mahkamah dan petang ini saya sudah terima emel dari tetuan Yahaya Ahmad & Co dari Sungai Petani, Kedah, yang mengatakan bertindak bagi pihak Eira Aziera atau nama penuhnya adalah Noorazira Pissal, 37.
"Jadi Saman dan Pernyataan Tuntutan akan diserahkan menerusi emel dan kurier kepada peguam Eira (personaliti) dan dalam tempoh 14 hari, kehadiran perlu difailkan.
"Dalam 14 hari selepas itu, pembelaan perlu difailkan. Tarikh sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Johor Bahru adalah pada 11 November depan," katanya seperti dipetik dari Harian Metro.
Mohd Rasheed juga memaklumkan sebutan pada 11 November depan itu akan dibuat secara atas talian dengan pendaftar dulu saja.
Sebelum ini, media melaporkan Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah mendakwa personaliti itu mengeluarkan kata-kata kesat termasuk memaparkan gambarnya serta anaknya tanpa pengetahuan dan kebenaran pihaknya selepas dia meninggalkan komen di ruangan komen media sosial personaliti terbabit.
Katanya, insiden yang berlaku kira-kira jam 10 pagi, 18 Ogos lalu, dipercayai bermula apabila dia menulis komen 'live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?' menerusi video secara 'live' yang dikongsikan rakannya di laman terbabit.
Pada 14 September lalu, pihak Suharnizan dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuatnaik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama 'Makcik Bawang Channel' dan 'Makcik Kiah Channel' dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain menghina rupa fizikalnya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen.
Susulan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, pada 15 September lalu.
Peguam bagi pihak Suharnizan iaitu Mohd Rasheed memaklumkan walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat secara langsung menerusi FB 'influencer' itu, namun isu 'body shaming' boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Harian Metro
Maliah Surip
Tue Oct 13 2020
Bukan Pertaruhan Vokal Semata-Mata, Ini Fakta Menarik Tentang Peserta The Hardest Singing Show!
Bakal memulakan saingan pada konsert pertama, Ahad ini, The Hardest Singing Show mengangkat format pertandingan berbeza dimana peserta akan mempertaruhkan bukan hanya sekadar kualiti nyanyian, namun kreativiti ‘shownmanship’ peserta.
Ubai Syukur Shila Amzah Selamat Bersalin, Beri Nama Anak Rhea Akira - “Mesti Arwah Mak Happy”
Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Khamis.
Pendaki ‘Tersidai’ Di Tebing Gunung, Pihak Pengelola Tersalah Kira Pengunjung
Para pendaki yang memakai alat keselamatan memanjat telah terperangkap dan tidak boleh bergerak lebih satu jam
Tabiat Minum Minyak Angin, Beri Kebaikan Atau Datangkan Mudarat?
Menelan minyak angin mungkin kedengaran pelik atau meloyakan buat sesetengah orang. Menerusi satu klip video tular di media sosial baru-baru ini, dapat dilihat seorang lelaki meminum minyak angin dan menggosokkan cecair berkenaan di seluruh muka bagi tujuan merawat sakit kepala.
MUA Bellaz Hentikan Pengeluaran Keychain Wajah Anak! - "Kalau Orang Kurang Selesa, Jangan Teruskan"
Jurusolek terkenal Mua Bellaz memutuskan untuk menghentikan pengeluaran produk keychain kartun menggunakan wajah anaknya, Nur Aisywarya Nealofa.
Bella Astillah Enggan Ulas Permohonan Maaf Ruhainies
Bella Astillah memaklumkan dirinya kekal tenang berdepan pelbagai kontroversi yang melanda kehidupannya sekarang.
“Dia Buat Pembedahan Plastik Ke?”- Perkongsian Foto Fathia Latiff Tuai Perhatian Netizen
Wajah pelakon sensasi, Fathia Latiff menjadi buah mulut netizen baru-baru ini apabila dianggap kelihatan sedikit matang berbanding usianya.
The Experts - Satu Rompakan Keluarga Terbesar!
Jom sertai peraduan Heist The Truck dan berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM 30,000!
Usahawan Dakwa Suami Suka Follow IG Perempuan Seksi, Tiada Usaha Berubah? - "Benda Ni Dah Lama, Gaduh Kat Umrah Pun Fasal ..."
Usahawan jenama pakaian muslimah tempatan yang sedang berbadan dua tampil mendedahkan sikap suaminya yang masih mengikuti akaun Instagram wanita-wanita seksi.
MFL Sahkan Perlawanan Sumbangsih Dibatalkan, JDT Diberi Kemenangan Walkover
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlawanan sumbangsih membabitkan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat ini terpaksa dibatalkan.