Usahawan jenama pakaian muslimah tempatan tampil mendedahkan sikap suaminya yang masih mengikuti akaun Instagram wanita-wanita seksi.

Dedah usahawan wanita yang sedang hamil itu, meskipun kerap ditegur beberapa kali, tiada usaha ke arah perubahan.

"Benda ini dah lama. Sebab itu dah empat tahun aku tak follow IG suami aku sendiri. Sebab nak jaga hati. Tapi itu lah kadang-kadang tertengok juga walau tak follow.

"Lama sangat dah benda ini berlaku, memang boleh perasan pun dia main IG untuk apa. Kalau dah following macam itu (wanita seksi), skroll pun memang keluar benda-benda itu je lah.

"Perempuan ini selagi kuat dia boleh sabar. Jangan sampai aku jadi macam Ria Ricis, tiada beza pun akau dengan dia. Bezanya dia tak mengandung, tapi aku termengandung," ujarnya menerusi hantaran di Instagram Stories.


Wanita terbabit turut berkongsi beberapa paparan skrin akaun Instagram wanita seksi yang diikuti suaminya.

BERITA TRENDING: "Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang

Gaduh ketika umrah

Disebabkan hal itu juga, mereka pernah berselisih faham ketika mengerjakan umrah sebelum ini.

"Last gaduh fasal benda ini masa waktu pergi Umrah hari itu. Tapi tiada effort nak berubah, tiada tindakan. Sama je sampai sekarang.

"Apa hukum dia eh kalau suami suka tengok perempuan lain yang seksi-seksi? Untuk apa sebenarnya? Lepas itu bini kau simpan dekat rumah buat apa? Maaf sekarang tengah mengandung jadi aku memang psiko," katanya.

BERITA TRENDING: Lebih Sebulan Tutup Aurat, Fara Mendoza Kembali Seksi, Netizen: “Takpe Yang Penting Jiwa Tak Kacau”

PILIHAN PEMBACA: Pakai Baju Nampak Lurah Dada, Ruhainies Mengaku Salah “Biar Saya Seorang Saja Buat Dosa”