Bintang Gegar Vaganza (GV) 7, Ashira apabila ditemukan dengan anaknya Megat Shazril Haziq Hadi, 14, baru-baru ini.

Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, berkongsi berita gembira tersebut menerusi tayangan video yang disiarkan ketika siaran langsung GV7 pada malam Ahad.

Menerusi rakaman tersebut, Ashira mengalirkan air mata sebaik sahaja anaknya Megat Shazril muncul bersama jambangan bunga.

Lebih menyentuh hati apabila Ashira diberitahu pihak Royal Chulan Hotel & Resort menaja penginapan buatnya dan anak selama dua minggu.

Sebelum ini Megat Shazril tinggal bersama kakak Ashira iaitu, Shasha Aziz di Shah Alam.

Sementara, Ashira pula tinggal di Ampang berulang-alik ke Putrajaya untuk menghadiri latihan dan raptai penuh serta konsert GV7 yang berlangsung pada setiap Ahad.

Ashira juga sebelum ini pernah berkongsi kisah sedihnya, diminta keluar dari kediamannya selepas tidak mampu membayar sewa rumah berkenaan kerana kehilangan kerja sebagai penyanyi kelab berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sementara itu Ashira ketika dihubungi Gempak mengucapkan terima kasih kepada Astro dan Hotel Royal Chulan & Resort kerana sudi menaja penginapan buat dirinya dan anak.

"Terima kasih, saya akan menggunakan peluang yang diberikan ini untuk lebih fokus dalam GV7," jawabnya ringkas.