Skip to main content

Budaya Popular

"Bukan Mudah Nak Bertekad..." - Alhamdulillah, Serina Redzuawan Ambil Keberkatan Syawal Untuk Berhijab

01.jpg
Anak perempuan kepada chef terkenal, Chef Wan, Serina Redzuawan membuat pengumuman untuk berhijab sepenuhnya sempena bulan Syawal yang mulia ini.

Pelakon dan usahawan Serina berkongsi penghijrahannya itu pada satu entri di Instagramnya beserta beberapa keping gambar dia sudah bertudung sepenuhnya.

"Alhamdulillah..sempena bulan Syawal yang mulia, Serina mengambil kesempatan ni nak umumkan I dah berhijab sepenuhnya.

Memang bukan mudah nak bertekad, tapi perlu ada pengorbanan & Guru untuk beri tunjuk ajar, serta semangat & dorongan dari Keluarga & Sahabat tersayang," tulis Serina.

Serina juga berterima kasih kepada Ustazah Asma' Harun yang banyak memberikan inspirasi serta ilmu kepada dirinya.
 


"Doakan Serina Istikhomah. Sama sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna," tulis Serina lagi.

Sama-sama kita doakan untuk Serina dan untuk diri kita juga.

Kredit Gambar: Instagram

Advertisement

Must-Watch Video