HIBURAN
"Cabaran Paling Besar Adalah...." - Aishah Azman
Aktres Aishah Azman berkongsi cabaran yang perlu dihadapinya sepanjang menjalani penggambaran drama Suri Katriana.
Menurut Aishah, dia dikehendaki untuk menari tarian tradisional bagi menjayakan watak Yasmin.
"Cabaran paling besar adalah saya dikehendaki untuk menari tarian tradisional. Saya memang tidak pandai menari.
"Saya kena belajar tarian Minang untuk drama ini. Saya ada ambil kelas dengan Cik Manggis untuk mendapatkan 'posture' badan seperti penari yang lain.
"Saya cuba sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik dalam masa yang singkat," katanya kepada Gempak.
Aishah ditemui ketika penggambaran drama Suri Katriana di Hulu Langat.
Tambah pemilik nama Nor Aishah Afika Azman Shah ini, dia menjadikan filem Hollywood, Maleficent sebagai rujukan wataknya.
"Sebelum ini saya tidak pernah membawa watak antagonis seperti dalam drama Suri Katriana.
"Untuk karakter ini saya membuat rujukan menerusi filem Hollywood. Salah satu filem yang saya tonton adalah Maleficent. Dia seorang pendendam tetapi orang nampak dia sangat baik," katanya lagi.
Selain Aishah, drama Suri Katriana turut dibintangi pelakon hebat iaitu Ummi Nazeera, Ernie Zakri, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Rozita Che Wan, Nadiyaa Nisa dan ramai lagi.
Drama arahan Pali Yahya akan mula ditayangkan mulai 29 Oktober 2019 jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Prima HD (saluran 121).
Must-Watch Video