Skip to main content

Budaya Popular

Dakwaan Pasar Raya Dimiliki Peniaga Bukan Melayu, Rosyam Nor Buat Sidang Media Esok

rosyan.jpg
Pelakon Datuk Rosyam Nor akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan isu berhubung pasar raya ST Rosyam Mart esok.

Ia susulan isu yang tular di media sosial mengatakan pasar raya tersebut dimiliki oleh peniaga bukan Melayu.

Selain Rosyam, sidang media itu akan turut dihadiri pihak ST Rosyam Mart Sdn Bhd.

Pasar raya ST Rosyam Mart yang dibuka 24 jam sehari mula beroperasi di Setiawangsa sejak pertengahan tahun lalu.

Pasar raya ini pernah diserbu pelanggan kerana menawarkan seekor ayam dengan harga 80 sen sahaja.

Dalam temu bual dengan media sebelum ini, Rosyam dilaporkan berkata, ST Rosyam Mart merupakan cubaan pertamanya membuka pusat borong dengan usaha sama syarikat Sri Ternak.

Sumber: Astro Awani

Must-Watch Video

Advertisement