HIBURAN
“Dia Pegang Baju Mummy Dia Peluk, Sebut Mummy…” – Nad Zainal Sebak Anak Masuk Hospital
Pelakon, Naz Zainal sebak apabila anaknya, Fahd Ibrahim terpaksa ditahan di wad kerana mengalami asma.
Lebih menyedihkan apabila peristiwa itu berlaku apabila Nad dan suaminya, Muhammad Faliq Amirudin yang bercuti di Jepun tiba di Malaysia semalam.
Nad menerusi akaun Instagramnya memberitahu emosinya tidak stabil melihat keadaan anak kesayangannya itu.
“I’m sorry sayang.... Kami ingat kami yang rindukan awak… Kami di sana ingat awak tak peduli kami tak ada dengan awak..
“Yem mesti ok je kita tak ada, asal dia pergi school atau berjalan dia tak ingat kita dah… Kita je ingat dia… Rupanya....
“Atok nenek cerita dia pegang baju mummy dia peluk sebut mummy… and dance depan tv sebut mummy daddy…
“Kalau haritu Daddy dia koyak… Harini emosi I koyak rabak hancur berderai,” coretnya.
BACA: “Mummy Yang Kuat Pun Jadi Lemah, Janganlah Nangis Dah” - Suami Nad Zainal Rindu Anak
Menerusi posting yang sama, Nad akui berasa bersalah kerana meninggalkan anaknya untuk bercuti bersama suami.
Bagaimanapun kata Nad, perkara yang berlaku itu dijadikan sebagai pengajaran dan peristiwa tersebut tidak akan berulang.
“Rasa berdosa dan pentingkan diri pun ada... Konon nak ada masa berdua, yelah bila kerja busy, bila balik akan focus Yem, laki pulak kesian tapi tak apa jadikan pengajaran…
“Buat je trip macam yang sebelum ni, bawa Yem… Barulah dua-dua pihak tak merana jiwa... By the way, asthma Yem dah ok sedikit, masih perlu dipantau.
“Terima kasih mendoakan. Doakan kami segera checkout dari hospital... dari Jepun terus ke hospital. Rindu katil rumah,” coretnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan agar Fahad kembali sihat dan cergas seperti sedia kala.
Terdahulu, Nad dan suaminya bercuti ke Jepun sejak empat hari lalu.
Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.
Foto: Instagram @nad.zainal
Must-Watch Video