gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tiket ‘Janji With Dayang’ Sold Out, Dayang Nurfaizah Tak Sangka Sambutan Luar Biasa
HIBURAN
Adira Salahudi Teruk Dikecam, Netizen Sakit Mata Lihat Baju Ketat, Sendat - “Rindu Awak Yang Dulu, Seksi Seksi Nak Pergi Mana?”
HIBURAN
Isteri Amy Search Kongsi Foto Hadir Ke IPD Shah Alam
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Doakan Yang Baik-Baik" - Natasha Hudson Akhirnya Dedah Wajah Suami

Amri Hassan
Amri Hassan
14/12/2018
08:03 MYT
Sponsor Banner
"Doakan Yang Baik-Baik" - Natasha Hudson Akhirnya Dedah Wajah Suami
Setelah hampir seminggu berdiam diri daripada memberikan sebarang kenyataan mengenai pernikahan keempatnya, pelakon Natasha Hudson akhirnya tampil mendedahkan wajah suaminya.
Menerusi kemas kini terbaharu, Natasha memuat naik sekeping foto dirinya berjubah hitam dan ditemani suaminya yang berjubah putih di sebelahnya.
"Doakan yang baik-baik saja," tulis Natasha ringkas berserta sepotong ayat al-Quran.
Biarpun tidak menyatakan secara khusus jejaka yang duduk bersebelahannya itu suaminya, ramai yang merakamkan ucapan tahniah buat pasangan itu dan menganggap lelaki berkenaan adalah insan istimewa dalam hidup Natasha.
Sebelum ini, foto perkahwinan Natasha hanya dimuat naik oleh adiknya, Tania Hudson.
Ruangan komen foto Instagramnya juga kini sudah dibuka untuk peminat melayangkan ucapan buat pasangan pengantin baru itu.
Menurut laporan media, Natasha telah melangsungkan perkahwinan dengan usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada Jumaat lepas.
Majlis pernikahan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian itu hanya dihadiri keluarga rapat sahaja.
Oktober lalu, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012.
Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Kalila dan Faatimah.
Sebelum itu Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Pelakon
#Natasha Hudson
#Suami
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement