Pelakon Sherry Ibrahim berkongsi matlamat pada tahun 2020 yang diimpikannya.
Kata Sherry dia berharap semoga perjalanan perniagaannya makin maju serta bakal mengeluarkan sebuah lagu.
"Doakan yer hik! Sebagai penutup, menjelang tahun dan dekad baru mendatang ini, kami tanya kepada Sherry tentang harapannya untuk tahun 2020.
"Kata Sherry sambil ketawa kecil, dulu saya ingatkan tahun 2020 itu seperti tahun dunia berakhir tapi sedar-sedar 2020 sebentar sahaja lagi!
"Janganlah dunia berakhir. Masih banyak impian yang belum saya capai.
“Tentulah saya mahu semua semua perniagaan saya maju, baik jenama tudung mahupun salun. Saya mahu single saya meletup. Saya perlukan satu single yang hit!" tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon drama Syurga Yang Kedua itu turut menyuarakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.
"Dan yang paling penting, saya mahu berkahwin. Bukan settle down ya, tapi move on kepada fasa seterusnya.
"Sebenarnya saya gembira dengan keadaan sekarang tetapi kadang-kadang kita kena ada harapan.
"Tak mahu jugalah kalau berharap sahaja tapi tak jadi apa-apa.
"Jadi kalau boleh tahun depan saya mahu berkahwin dan memulakan keluarga sendiri. Semoga ada jodoh saya," luahnya lagi.
Terdahulu, Sherry dan aktor Fattah Amin pernah menjadi pasangan kekasih namun percintaan mereka tidak kesampaian.
Fattah telah berkahwin dengan aktres jelita Nur Fazura pada 27 November 2017.