Skip to main content

Budaya Popular

“Macam Nak Nangis” - Zahirah Macwilson Terharu Watak Athea Dapat Respon Positif

zahirahmac1.jpg
Watak Athea dalam drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu membuatkan bakat aktres Zahirah Macwilson semakin bersinar.

Terharu dengan sambutan positif penonton, Zahirah bersyukur kerana usaha yang dilakukannya membuahkan hasil menerusi drama bersiri yang bakal melabuhkan tirainya malam ini.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat terharu dengan sambutan baik penonton. Setiap hari saya menyemak maklum balas penonton di laman Twitter dan gembira membaca respon yang positif.

“Sepanjang tiga tahun melibatkan diri dalam bidang lakonan, saya terharu sampai rasa nak menangis apabila sesetengah penonton mengatakan lakonan yang dipaparkan dalam drama bersiri ini memberikan kesan,” kata Zahirah ketika dihubungi oleh Astro Gempak.

Tambah Zahirah, drama bersiri ini juga menampilkan kelainan tersendiri kerana tidak hanya terikat dengan tema cinta semata-mata.

“Selain mengangkat jalan cerita hubungan antara Athea dan Hazran (Syafiq Kyle), drama bersiri ini juga menampilkan tema persahabatan dan kekeluargaan.

“Saya berharap agar drama bersiri ini akan meninggalkan kesan positif terhadap semua penonton,” katanya lagi.

Tak Ada Cinta Sepertimu yang diarahkan oleh sutradara Jamal Khan merupakan naskah adaptasi novel karya Anna Milia.

Selain Zahirah dan Syafiq, drama bersiri 16 episod ini turut menampilkan Ruhainies, Fadlan Hazim, Ardell Aryana, Zainol Macwilson dan ramai lagi. 

Jangan lupa saksikan episod akhir drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu yang bersiaran jam 10 malam ini di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zahirah & Syafiq

Must-Watch Video

Advertisement