gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
HIBURAN
Ridzokumura Simpan Dalam Pasport, Bawa Nota Terakhir Arwah Isteri Kemana Sahaja - “Masih Tak Kuat, Menggigil Saya Tengok…”
HIBURAN
Tak Pandai Pakai Barang Berjenama, Atikah Suhaime Nak Didik Anak Hidup Bersederhana - “Mungkin Cara Saya Sedikit Berbeza…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Makan Roti & Air Kosong Hari-Hari" - Ahmad Maembong Susut 35 Kilogram Demi Nak Jadi Hero Filem

Amri Hassan
Amri Hassan
03/12/2019
03:13 MYT
Sponsor Banner
"Makan Roti & Air Kosong Hari-Hari" - Ahmad Maembong Susut 35 Kilogram Demi Nak Jadi Hero Filem
Adik kepada pelakon Emma Maembong, Ahmad Maembong mengakui amalkan diet ekstrim demi mendapatkan berat badan ideal untuk berlakon filem Garang.
Jelas Ahmad, 26, sepanjang diet selama tiga minggu itu, dia berjaya menurunkan berat badan dari 90 kilogram kepada 64 kilogram.
"Saya hampir berputus asa sebenarnya kerana kerusi roda yang digunakan untuk filem Garang ini tak muat dan saya hanya ada masa tiga minggu untuk turunkan berat badan.
"Jadi saya diet hanya makan roti dan air kosong setiap hari sampai hampir kena gastrik! Kadang-kadang apabila hampir pitam saya minum kopi tanpa gula.
"Nasi memang saya tak ambil langsung tetapi saya gantikannya dengan oat. Alhamdulillah saya mendapat berat badan yang diinginkan dan masih meneruskan diet ini walaupun sudah habis penggambaran filem itu," katanya.
Menerusi filem arahan Kan Varren itu, Ahmad melakonkan watak Reza yang memerlukannya melakukan pelbagai aksi mendebarkan.
"Walaupun ada disediakan pelakon pelagak ngeri, tapi saya minta untuk buat sendiri. Saya mahu mencabar diri sendiri. Kalau orang biasa boleh buat, saya yakin juga boleh buat.
"Saya mahu memberi inspirasi dan semangat kepada golongan senasib untuk membuat sesuatu yang di luar akal dan kemampuan. Biarlah orang nak cakap apa, tapi akhirnya kita mampu buat.
"Malah, untuk filem ini saya terpaksa diet bagi membolehkan duduk di kerusi roda yang disediakan. Kalau ikut saiz dan berat badan saya ketika itu, memang tak boleh," katanya.
View this post on Instagram
#Repost @chacha_maembong with @get_repost ・・・ Few days more! Di pawagam 5dec ini jgn lupa ya #garang #commingsoon #ccm #livelifetothefullest
A post shared by buckT (@ahmad_maembong) on Nov 28, 2019 at 9:43pm PST
Filem terbitan Sakti Films Sdn Bhd itu bakal ditayangkan pada 5 Disember sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut pada 3 Disember.
Filem itu turut menampilkan pelakon lain seperti Wan Hanafi Su, Jalil Hamid, Pablo Amirul, Chacha Maembong, Adam Lee dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Pelakon
#Ahmad Maembong
#Garang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement