HIBURAN
“Mama Tahu Dah Kurang Spend Time Dengan Awak, Dah Tak Dapat…”- Raja Farah Akui Emosi Tak Stabil Dalam Pantang
Pelakon, Raja Farah akui emosinya kurang stabil dan mudah tersentuh ketika berada dalam pantang.
Farah berkongsi perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Farah, dia berasa sedih apabila menyedari kurang menghabiskan masa dengan anak sulungnya, Imran Iskandar kerana menumpukan perhatian terhadap anak keduanya yang dilahirkan pada 7 April lalu.
“Abang Imran now dekat school… Masa-masa macam ni lah Mama mula rasa rindu dengan awak.
“Mama tahu, Mama dah kurang spend time dengan awak… Mama dah tak dapat bagi lengan Mama untuk awak tidur.
“Tapi awak tetap cuba faham walaupun awak nangis, tapi awak tak menangis dekat Mama… Part tu, memang Mama tersentuh sangat, emosi habis...
“Sorry sayang... Nanti Mama dah habis pantang, kita pergi jalan-jalan okay? However, Mama tahu Abang Imran dah mula faham.
“Dah mula rasa tanggungjawab sebagai big brother... Mama sayang awak Imran Iskandar… Haih! Emosi Mama tak stabil dalam pantang ni,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat kepada Farah dan memahami situasi yang dilalui Farah.
“Memang ada perasaan macam tu bila dapat anak kedua... Kesian sangat kat si abang kan... Nanti ok kita pandai untuk bagi kedua-duanya. Insya-Allah,” komen @intanputeh68
“Perasaan ibu dalam pantang anak kedua memang macam tu. Pernah alami hihi. Keep strong abang Imran dan mamanya,” tulis @ayuabidin92
Terdahulu, Raja Farah dan Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum iaitu Imran, 3 tahun.
Foto: Instagram @rajafarahraziz
Must-Watch Video