Skip to main content

Budaya Popular

“Mummy Yang Kuat Pun Jadi Lemah, Janganlah Nangis Dah” - Suami Nad Zainal Rindu Anak

nad-zainal-suami-anak.jpg
Pelakon, Nad Zainal akui suaminya, Muhammad Faliq Amirudin tidak dapat menahan sebak kerana merindui anak mereka, Fahad Ibrahim.
 
Nad berkongsi sepotong video pendek yang merakamkan momen suaminya menangis ketika melihat video gelagat Fahad di telefon pintarnya.
 
Menariknya, video tersebut dirakamkan secara ‘curi-curi’ oleh Nad Zainal sebelum dimuat naik ke akaun Instagramnya semalam.
 
“Record curi... Fikir anak nangis, dia koyak lagi... Walhal esok nak balik.
 
“Buka hp tengok gambar anak menangis... Aduhai... Mummy yang kuat pun jadi lemah macam ni.
 
“Esok kita balik ya? Janganlah nangis dah. Yem tengok daddy awak ni...” tulisnya.
 
Video tersebut juga mendapat perhatian beberapa rakan artis di ruangan komen antaranya:






 
Terdahulu, Nad dan suaminya bercuti ke Jepun sejak empat hari lalu.
 
Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.
 
Foto: Instagram @nad.zainal
 

Must-Watch Video

Advertisement