Skip to main content

Budaya Popular

Netizen Body Shaming Mimi Lana Kerana Terlalu Kurus, Ini Jawapan Empunya Badan…..

untitled-design-2019-08-07t170658-659.jpg
Pelakon Mimi Lana menerima tempias body shaming kerana dilabel terlalu kurus oleh netizen.

Menerusi laman sosial Instagram, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 24, berkongsi sebuah foto bersantai selepas bersenam di gimnasium.

Dalam foto tersebut, jelas menunjukkan lengan Mimi yang berurat-urat kesan daripada bersenam dan ia nampaknya menarik perhatian netizen.
“Release my inner beast,” tulis Mimi sebagai kapsyen.

Rata-rata netizen memuji tangan Mimi yang kelihatan gagah berotot dan mendoakan dia sentiasa sihat.



Namun bukan sahaja menerima pujian, foto tersebut nampaknya menerima kritikan netizen apabila ada yang mempersoalkan fizikal Mimi kerana terlalu kurus.

“Lepas ni harap Mimi berisi sikit. Kurus sangat tak cantiklah,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

Malah, ada seorang netizen yang memberikan pendapat bahawa kaum adam juga sukakan wanita yang sedikit berisi.

“Kurus kering sangat takde apa nak pegang. Please grow the booty.”

Menjawab kenyataan daripada netizen itu, Mimi dengan selamba menjawab komen itu dengan membalas; “baiklah makcik.”

Menyedari kesilapannya dalam mempersendakan fizikal pelakon itu, netizen terbabit segera memohon maaf dan berharap Mimi tidak mengambil hati terhadap komennya.

Sedikit info, Mimi mula aktif sebagai pelakon bermula pada tahun 2013 dan kini dia mempunyai hampir 520,000 pengikut di laman Instagram.
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement