HIBURAN
"Saya Kena Nampak Muda Untuk ......" - Hisyam Hamid
Pelakon Hisyam Hamid berdepan cabaran untuk kelihatan muda, selari dengan watak yang dibawanya dalam drama bersiri Alamatnya Cinta.
Alamatnya Cinta yang bakal disiarkan di slot Megadrama Astro merupakan drama bersiri adaptasi daripada drama popular Korea, Full House.
Full House merupakan drama bersiri Korea yang mencuri perhatian peminat serata dunia pada tahun 2004 dan dibintangi oleh Song Hye-kyo dan Rain.
A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on
A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on
"Dalam versi Malaysia, saya membawa watak sebagai Faliq. Cabarannya adalah saya kena kelihatan muda untuk menjayakan karakter ini.A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on
"Saya telah menonton versi asal drama ini dan sedaya upaya memahami karakter yang diberikan. Saya berharap penonton dapat menerima dan memberi sokongan terhadap Alamatnya Cinta," kata Hisyam.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Alamatnya Cinta di slot Megadrama, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Hisyam
Must-Watch Video