Pelakon, Nadia Brian bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Muizz Nasruddin tidak lama lagi.
Memilih tarikh pertunangan hampir dengan bulan Ramadan, Nadia memberitahu ada sebab tersendiri.
“Alhamdulillah semoga semuanya berjalan dengan lancar. Kedua-dua pihak keluarga dah setuju nak dapatkan tarikh sebelum Ramadan.
“Supaya nanti lebih senang, sebab kami boleh puasa dan beraya bersama-sama,” katanya.
Mengulas mengenai persiapan pertunangan, Nadia memberitahu dia menyerahkan segalanya di bawah pengurusan sahabat baiknya.
“Untuk tunang, saya buat dengan sangat simple tapi disebabkan kawan baik saya yang uruskan persiapan itu, setakat ini semuanya okay. So far so good.
“Setakat ini masih belum lagi ada tarikh yang ditetapkan untuk perkahwinan cuma harapnya dapatlah pada awal tahun atau pun dipercepatkan untuk tahun ini.
“Syukur setakat ini selepas dapat tahu saya nak bertunang makin banyak mendapat tawaran berlakon,” jelasnya.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi dan Muizz bakal mengikat tali pertunangan mereka pada 4 Mei ini.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).