Skip to main content

Budaya Popular

"Sila Pantau Kerja Staff & Ejen Anda..." - Ugut Mahu Saman, Nad Zainal Terima Permohonan Maaf Daripada Pengasas Produk

nad-zainal.jpg
Aktres Nad Zainal meluahkan rasa marah apabila terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan fotonya tanpa kebenaran.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Nad memohon penjelasan daripada pihak terbabit sebelum mengambil keputusan untuk menyaman kerana menipu pelanggan.

Dalam pada itu, Nad turut berkongsi 'screenshot' perbualan yang dihantar menerusi 'direct message'.

"Bila masa pulak dia guna gambar kita ni ya?? Penipu.

"Ramai pulak yang order tu @clinivaserummalaysia. Boleh explain tak?

"Sebelum saman menyusul. I guna @audelabeauty_hq sahaja," tulisnya.





Walaubagaimanapun selepas beberapa jam, pelakon utama telefilem Fatonah Azali itu menyatakan sudah menerima permohonan maaf daripada pihak terbabit.

"Pihak di sana sudah membuat permohonan maaf. Satu pengajaran buat semua pengasas produk, sila pantau kerja staff dan ejen anda. Terima kasih," tulisnya lagi.



Nad mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2008 dan sering muncul dalam drama serta telefilem tempatan sehingga kini.

Must-Watch Video

Advertisement