HIBURAN
Tahniah! Dynas Selamat Bernikah Kali Kedua
Pelakon Dynas Mokhtar sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syazrik Din dengan sekali lafaz pukul 11.30 pagi tadi.
Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di kediaman keluarga Dynas di Shah Alam.
Pasangan ini dinikahkan bapa Dynas dengan mas kahwin RM1,001.
Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.
Dynas dalam pada itu memanjatkan rasa syukur jodohnya dengan Syazrik kuat.
"Akhirnya, jodoh kuat menyatukan kami. Dalam teruja, gementar pun datang sekali... Jadi bercampur baur. Paling utama kebahagiaan saya ini direstui dua anak.
"Alhamdulillah... Semoga kehidupan mendatang dapat kami layari sebaik mungkin," katanya memetik laporan Berita Harian.
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 100 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat.
Dynas dan Syazrik bertunang pada 26 Oktober lalu
Majlis bertandang akan diadakan pada 28 April depan di Damansara, Petaling Jaya disusuli majlis resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun
Sumber: Berita Harian
Susunan oleh: Amri Hassan
Foto: @inaijari, @aifakhoo, @efnyjoe
Must-Watch Video