Pelakon Rita Rudaini menunjukkan laporan polis yang telah dibuat mengenai kehilangan kucing kesayangannya, Pekan sebagai tanda dia serius mengenai perkara tersebut.
Rita memuat naik salinan laporan polis itu menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya.
Menurut Rita, dia berasa curiga mengenai kehilangan Pekan dan menyifatkan individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kucing itu sebagai tidak amanah.
“Step by step saya akan buat. Kes dah jadi kes polis. Tak jujur, tak amanah. Saya akan buat apa saja. Mungkin boleh bantu masalah orang lain juga yang ada masalah macam saya.
“Saya akan heret orang tu kalau di dapati bersalah. Saya akan cari keadilan untuk kucing-kucing lain kalau betul ada sindiket.
BACA: Kucing Hilang: Rita Rudaini Buat Laporan Polis & Berjumpa Ustaz
“Saya boleh terima kalau orang bercakap jujur dan mohon maaf tapi saya tak boleh terima pembohongan, wayang.
“Bagi saya satu je penipuan, dah bunuh semua kebaikan... Orang yang menipu sekali adakah dia boleh dipercayai lagi seterusnya?
“Pada yang dah terambil, sila pulangkan… Saya cuma akan ambil tindakan pada yang memberinya sahaja tapi kalau bersubahat bersama-sama, saya janji akan heret sekali.
“Mungkin lepas ni saya akan viral kan pula orang yang meminjam Pekan? Doa kan saya masih 'memberi ruang dan peluang' lagi... #justiceforPEKAN #justiceforCats,” tulisnya.
BACA: “Menangis Dari Semalam, Makan Pun Tak, Mummy Yang Sambut Dia Lahir…” - Sebak, Rita Rudaini Hilang Kucing
Foto: Instagram @ritrud727

Terdahulu, kucing berkenaan diserahkan kepada seorang individu untuk tujuan pembiakan sebelum didapati hilang.