HIBURAN
"Tak Sabarnya!" - Bintangi Adaptasi Full House, Hannah Delisha Teruja Nantikan Reaksi Peminat
Pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha yang membintangi drama bersiri Alamatnya Cinta teruja menantikan reaksi peminat.
Alamatnya Cinta yang menampilkan Hannah bersama Hisyam Hamid bakal disiarkan di slot Megadrama Astro dan ia merupakan drama bersiri adaptasi daripada drama popular Korea, Full House.
Full House merupakan drama bersiri Korea yang mencuri perhatian peminat serata dunia pada tahun 2004 dan dibintangi oleh Song Hye-kyo dan Rain.
"Sejujurnya, saya tak sabar! Saya memegang watak sebagai Ellie, seorang wanita yang tinggal bersendirian sebatang kara tiada ibu bapa dan adik beradik lain.A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on
"Saya tidak pernah menonton drama Korea itu sebelum ini, tetapi selepas saya mendapat informasi mengenai penglibatan saya dalam Alamatnya Cinta, saya mula menontonnya," kata Hannah.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Alamatnya Cinta di slot Megadrama, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Hisyam
Must-Watch Video