Skip to main content

Budaya Popular

“Thank You For Being My Wife & Sabar Dengan Perangai I” - Sharnaaz Ahmad Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan

sharnaaz1.jpg
Pelakon Sharnaaz Ahmad mencoretkan ucapan khas yang didedikasikan untuk isterinya, Noor Nabila di laman Instagram.

Ucapan itu bersempena sambutan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang disambut hari ini.

“Happy anniversary my darling @noornabila we have our ups and down.. But I’m always glad you will be there during both ups and down..

“I love you and will always love you sayang and the best gift for our anniversary is our little baby.. Thank you for being my wife and sabar dengan perangai I sayang.

“I may not be the best husband in the world but I’m sure you are the best wife in this world.. @noornabila Happy 1st anniversary sayang,” tulis Sharnaaz.

Rata-rata peminat Sharnaaz turut mengambil kesempatan melayangkan ucapan ‘happy anniversary’ kepada pasangan ini.

Peminat juga tidak sabar untuk menantikan bayi comel Sharnaaz dan Nabila yang bakal lahir pada tahun ini.

Selepas beberapa tahun menyulam cinta, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac tahun lalu di Hotel Royale Chulan Damansara.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sharnaaz

 

Advertisement

Must-Watch Video