Skip to main content

Budaya Popular

“Tujuh Bulan Lebih Tapi Baby Baru 1.4 Kg” - Wawa Risau Anak Kecil, Mohon Kongsi Tips

wawa-zainal-perut-kecik.jpg
Pelakon Wawa Zainal meluahkan rasa bimbang apabila berat bayi di dalam kandungannya baru mencecah 1.4 kg.
 
Wawa mendedahkan perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram(IG)nya semalam.
 
Menurut Wawa, kandungan yang diklasifikasikan sebagai kecil itu sudah berusia tujuh bulan.
 
Menerusi kapsyen, isteri kepada aktor Aeril Zafrel ini juga meminta pandangan dan tips daripada pengikutnya mengenai perkara itu.
 
“Ada tak tips nak tambahkan berat baby dalam perut tu? Tujuh bulan lebih dah, baby baru 1.4 kg. Berat badan Wawa naik je 11 kg. Tapi baby kecil, mommies ada pengalaman macam ni?” tulisnya.
 
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, pengikut IGnya membantu Wawa dengan menceritakan pengalaman mereka.





 
Terdahulu, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
 

Must-Watch Video

Advertisement