Debaran minggu pertama konsert program realiti nyanyian, Suara Viral yang menampilkan antara barisan frontliners semakin terasa apabila kesemua mereka bakal membuat persembahan sulung malam ini.

Suara Viral yang menampilkan 10 peserta daripada pelbagai latar belakang kerjaya itu akan menemui penonton pada pukul 9 malam ini di saluran Astro Prima.

Apa yang pasti, malam ini menjadi malam pembuka buat kita semua rakyat Malaysia menyaksikan bakat-bkat terpendam yang ada dalam kalangan tentera, polis, rider, jurutera, dan lain-lain lagi.

BACA: Ini Profil 10 Peserta Suara Viral..Jom Kenali Mereka Lebih Dekat

Bakat nyanyian mereka akan diadili oleh dua orang juri tetap, penyanyi Misha Omar dan Akim Ahmad dan seorang lagi juri jemputan pada setiap minggu.

Lebih menarik lagi, program ini turut menampilkan lapan individu lain sebagai juri duduk rumah yang terdiri daripada barisan selebriti dan pengamal media.

BACA: "Saya Belum Banyak Pengalaman Lagi, Tapi..." - Sissy Imann Terkejut Dilantik Jadi Juri Suara Viral

Kesemua mereka bakal berentap selama 8 minggu bagi merebut gelaran juara Suara Viral yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal bersama Marsha Milan Londoh selaku pengacara backstage.

Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.



Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula malam ini (17 Jun) setiap Rabu pada pukul 9 malam.

BACA: Suara Viral Program Nyanyian Pertama Tonjolkan Bakat Frontliners!

Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan lebih fleksibel, penonton juga serta boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Ni dia Boy dan Bobby. Boy ni seorang krew sound teknikal sekitar JB. Bobby ni seorang penghantar makanan. Persamaan dorang, dua-dua suara luar biasa. Admin bagi sikit la teaser suara dorang. Korang nak dengar penuh korang kena tengok #SuaraViral la. . Saksikan Suara Viral mulai 17 Jun 2020 di Astro Prima #SuaraViral #SuaraViral2020 setiap Rabu jam 9.00 malam

A post shared by OFFICIALSUARAVIRAL2020 (@official_suaraviral2020) on