Masuk hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sudah ramai yang mengeluh kononnya tidak ada aktiviti untuk dilakukan di rumah.

Hey! Siapa kata? Macam-macam boleh buat…Main permainan video, buat aktiviti DIY dengan keluarga atau bermain permainan bod ketika berkumpul bersama, tentu seronok kan?

Oh! Nak menonton rancangan kegemaran tapi TV anak-anak tengok kartun? Biarkan anak anda menikmatinya sementara Astro menyediakan program percuma sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Jangan risaulah…Astro Go kan ada? Nak buat apa berebut TV sedangkan anda boleh tonton 50,000 program kegemaran menerusi tablet, telefon bimbit atau laman web?

50,000 program tu termasuklah program realiti popular Astro seperti Dansa Dansing, Big Stage, Maharaja Lawak Mega, Gegar Vaganza, Muzikal Lawak Superstar, Ceria Megastar dan banyak lagi tau!


Lagi pun Astro Go ni percuma untuk semua pelanggan Astro…Lepas ni tak payah rebut remote TV lagi.

Sebabnya lepas dah daftar Astro Go, Astro ID boleh guna untuk akses empat peranti serentak. Cool!

Tunggu apa lagi, muat naik aplikasi Astro GO di Google Apps atau Apple Store di telefon bimbit anda sekarang atau akses di laman web astrogo.com.my untuk menonton.

Gunakalah tempoh dua minggu ini untuk menghabiskan masa di rumah dan jangan keluar kalau tak ada urusan penting bagi mengelakkan diri daripada jangkitan wabak COVID-19.