,
Hiburan

1,500 Peserta Konsert 'Malam Perayaan Patah Hati' Di Terengganu Diarah Bersurai

Gempak
31/10/2024
16:04 MYT
Kira-kira 1,500 peserta konsert bertemakan 'Malam Perayaan Patah Hati' yang diadakan di sebuah kafe di Kemaman, Terengganu, diarah bersurai selepas aktiviti itu didapati tiada permit dan kelulusan.

BERITA TRENDING: Penyanyi Popular Digugurkan Dari Konsert Akibat Buang Kucing, Penganjur Gantikan Syaffiq Sahli - "Poster Asal Dah Siap, Akibat Kecaman Hebat Kami Pun ..."

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, penganjur program juga diarahkan supaya menghentikan konsert itu dalam serbuan sekitar jam 11 malam pada Rabu.
Menurutnya, program tersebut telah mendapat pemantauan awal daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di mana notis larangan berkumpul beramai-ramai telah ditampal jam 5 petang hari yang sama.
"Pihak berkuasa MPK telah melarang peserta daripada berkumpul kerana program itu tidak mendapat kelulusan.
"Bagaimanapun, ia tetap diteruskan malah pihak polis turut menerima aduan daripada orang awam sekitar jam 9.20 malam mengatakan terdapat bunyi muzik yang kuat serta gangguan lalu lintas di kawasan itu.
"Beberapa anggota penguat kuasa melibatkan Pegawai Penguatkuasa MPK serta pihak polis terpaksa menyerbu dan mengarahkan peserta program itu supaya bersurai," katanya di sini pada Khamis.
Menurut Hanyan, siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan dan pihaknya akan memanggil penganjur program tersebut untuk diambil keterangan.
"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memaklumkan kepada pihak polis berhubung aktiviti tersebut.
"Selain itu, siasatan juga akan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 atas kesalahan tiada lesen hiburan," katanya.
Dalam pada itu, Hanyan berkata, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung program itu memberikan kerjasama dengan melaporkan kepada pihak berkuasa.
"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung program itu diminta menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-8592222," katanya.

BERITA TRENDING: Kontroversi Konsert Sumandak Stars, Marsha Milan Kunci Mulut! - "Ya Saya Terkejut..."

BERITA TRENDING: Penganjur Mohon Maaf, Konsert 5 Rukun 2.0 Perjuanganmu Ditunda

BERITA TRENDING: Terpaksa Lupakan Hasrat Nak Tengok Konsert Jay Chou, Wanita Bersalin Ketika Sedang Beratur Masuk Stadium

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Tak Boleh Menjanda Lama-Lama" - Ina Naim Nikah Semula Demi Anak-Anak

gempak
31/10/2024
09:20 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad yang juga penyanyi, Ina Naim memberitahu dirinya tidak boleh bersendirian dan perlukan teman hidup demi anak-anak.
Hiburan

Nikita Mirzani Upah Orang Robohkan Rumah Bekas Kekasih Anak

gempak
31/10/2024
07:50 MYT
Perseteruan yang terjadi di antara Nikita Mirzani dengan bekas kekasih anaknya, Vadel Badjideh masih berlarutan.
Viral

ATM Siasat Dakwaan Pegawai UPNM Ditekap Seterika Oleh Senior - "Tindakan Disiplin Keras Atau Undang-Undang Akan Dikenakan"

gempak
31/10/2024
00:55 MYT
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Hiburan

Pelajar Korea Selatan Dilarang Dengar Lagu APT Milik Bruno Mars - Rose BLACKPINK

gempak
29/10/2024
13:55 MYT
Lagu APT nyanyian Bruno Mars dan Rose Blackpink memang sedang ‘mendunia’ saat ini.
Anmum