Gaya Hidup

25 Juta Telefon Pintar Dijangkiti ‘Agent Smith’, Adakah Anda Juga Menjadi Mangsa?

gempak
Hanafis Haris
19/07/2019
10:20 MYT
Sponsor Banner
25 Juta Telefon Pintar Dijangkiti ‘Agent Smith’, Adakah Anda Juga Menjadi Mangsa?
Selepas isu ketirisan maklumat tentang aplikasi FaceApp tular di media sosial, kini muncul pula satu masalah siber terbaru berkaitan kewujudan virus atau malware dikenali sebagai 'Agent Smith'.
Perkara ini didedahkan sebuah firma keselamatan siber, Check Point yang berpangkalan di San Carlos, California, Amerika Syarikat menerusi satu laporan keselamatan.
Menurut laporan itu, sebanyak 25 juta peranti mudah alih dikesan telah dijangkiti 'Agent Smith'.
Jumlah ini merangkumi telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android dan iOS.
Jelas laporan itu lagi, 'Agent Smith' akan menyerang sistem dalaman telefon pintar pengguna dengan memuat turun aplikasi tanpa memerlukan arahan daripada pengguna.
Lebih teruk lagi, jika peranti sudah dijangkiti 'Agent Smith', ia akan menyalin kesemua data peribadi walaupun aplikasi itu tidak menerima kelulusan daripada pengguna.
"Agent Smith juga berupaya meniru atau klon aplikasi seperti WhatsApp, pelayar web Opera dan SwiftKey," katanya.
Difahamkan, virus ini merebak apabila pengguna memuat naik aplikasi yang telah pun terdedah dengan jangkitan berkenaan.
Sehubungan itu pengguna disarankan supaya semak semula aplikasi yang meragukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live