Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Bersyukur Atas Pencapaian Anak

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi, tapi kali ni dekat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar pula.

“Tahniah, ibu akan pastikan anak-anak ibu cemerlang dalam akhlak dan pendidikan. Doa ibu selalu bersama anak-anak,” tulisnya.

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Rakan Artis Ucap Tahniah

Perkara itu turut meraih perhatian rakan-rakan artis di mana ramai yang mengucapkan tahniah kepada anak aktres tersebut.

Sekadar info, Rita sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama bintang bola kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008.


Pasangan itu bagaimanapun berpisah pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

BERITA TRENDING: Rita Rudaini Titip Kata-Kata Semangat Pada Bella Astillah - “Tak Perlu Risau Tiada Pasangan Untuk Jaga Kita..”

BERITA TRENDING: “Saya Tak Nak Anak Jadi Derhaka” - Rita Rudaini Tak Halang Anak Jumpa Bekas Suami

Sumber: Instagram