,
Berita

“3 Bulan Lepas Awak Muncul, Allah Bisik Ini Saya Punya…”- Dira Abu Zahar

Syafiqah Jalal
10/01/2019
04:24 MYT
Pelakon Dira Abu Zahar bersyukur kerana akhirnya penantiannya untuk memiliki seorang anak lelaki tercapai apabila permohonan mengambil anak angkatnya itu diluluskan.
Dira berkata usahanya selama ini tidak sia-sia dan berharap dapat menjaga dan menyayangi bayi tersebut sepenuh hati.
“Lama kami tunggu. Doa tak putus- putus. Usaha tak kenal penat. 3 bulan lepas awak muncul. . Macam magik.
“Tup tup Allah SWT bisik, ini saya punya. Tak nak fikir pasal ada masa ke tak. Tak nak sebut pasal kerja banyak ke tak. Tak nak tahu pasal mampu ke tak.Yang kami tahu, awak rezeki kami, awak kegembiraan kami yang paling terindah Sampai ke syurga.
“Terima kasih atas kesudian untuk bersama dengan kami, Waris.Awak adalah lelaki paling kacak kami pernah jumpa. Alhamdulillah, dapat hidup bersama.Insyallah.
“Kita sama- sama bina bahagia dan cari syurga itu dengan kakak anggun ye. . Doakan kami bahagia jugak ye..”tulisnya.
Dira berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Dira dan keluarga.
Dira pernah berkahiwn dengan pengarah Helmi Yusof pada 11 November 2011 dan berpisah pada tahun 2016. Pasangan ini tidak dikurniakan anak.
Terdahulu Dira berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash atau Tengku Shafriz- Rullah pada 2007 dan bercerai pada 2011. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 11 tahun.
View this post on Instagram

Lama kami tunggu. Doa tak putus- putus. Usaha tak kenal penat. 3 bulan lepas awak muncul. . Macam magik. Tup tup Allah SWT bisik, ini saya punya. . Tak nak fikir pasal ada masa ke tak. Tak nak sebut pasal kerja banyak ke tak. Tak nak tahu pasal mampu ke tak. . Yang kami tahu, awak rezeki kami, awak kegembiraan kami yang paling terindah Sampai ke syurga. . Terima kasih atas kesudian untuk bersama dengan kami, Waris. . Awak adalah lelaki paling kacak kami pernah jumpa. Alhamdulillah, dapat hidup bersama. ?. . Insyallah. Kita sama- sama bina bahagia dan cari syurga itu dengan kakak anggun ye. . Doakan kami bahagia jugak ye. . Amin. . #wariswerkid. #anggunrokit. #anaksyurga. #anakmommy. #anakdira

A post shared by Dira Abu Zahar (@diraabuzahar) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Unitar