Persembahan mantap dan bertenaga Datuk M.Nasir pada ‘Konsert M.Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan’ malam Sabtu dan Ahad lepas memberi kepuasan maksimum kepada peminat.
Bayangkan, konsert yang berlangsung selama lebih tiga jam itu tidak terasa malah, peminat masih meminta M.Nasir menyanyi dan jangan berhenti.
Energi luar biasa yang dipersembahkan M.Nasir menyampaikan 28 buah lagu hits yang mengiringi perjalanan seninya sepanjang 40 tahun membuatkan 2800 penonton di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur puas.
Persembahan dimulakan dengan pembukaan sketsa wayang kulit oleh pelakon tersohor Sabri Yunus sebagai Wak Dogo dan Wak Long oleh Romli.
Tirai persembahan dibuka dengan lagu Langgam Pak Dogo daripada album Phoenix Bangkit (2002), yang diikuti dengan lagu Anak-anak Kita, daripada album Canggung Mendonan (1995) dan Phoenix Bangkit Dari Abu juga daripada album Phoenix Bangkit.
Dewan semakin hangat apabila M.Nasir menyanyikan lagu Keroncong Untuk Ana dan penonton mula berdiri memberikan tepukan gemuruh apabila lagu Sentuhan Listrikmu, Bila Rumi Menari dan Tari Cinta Rimba Mistikal dipersembahkan.
Seperti biasa, mengenali M.Nasir atau digelar Sifu ini beliau tidak akan senang jika melihat penontonnya ‘duduk statik’ menghayati persembahan.
Penonton mula berdiri dan menari di tempat duduk masing-masing memeriahkan lagi suasana pada malam konsert.
Segmen lagu medley ciptaan M.Nasir menggamatkan dewan apabila Sifu mempersembahkan lagu Kenangan Lalu (Flybaits), Hingga Akhir Nanti, Sekuntum Mawar Merah (Allleycats), Milik Siapakah Gadis Ini, Bercanda di Pasiran Pantai (Sudirman), Istana Menanti (Rahim Maarof), Hani (Hattan), Sentuhan Kecundang (Ekamatra), Sampai Hati (Spring), Fantasia Bulan Madu, Sejati (Search), Jaket Biru dan Pawana (Wings).
Penonton turut menyanyi bersama dan enjoy the moment dengan menyalakan lampu di telefon bimbit masing-masing.
Tidak terhenti di situ, Sifu terus memukau penonton di dalam dewan dengan lagu Ekspress Rakyat, Hati Emas, Gerhana yang dimedleykan dan Gurindam Gunung Tahan, Bikin Filem serta Bukalah Hati Mu.
Setiap lagu yang disampaikan membuai emosi penonton apatah lagi lagu-lagu disampaikan membuatkan kita kembali mengimbas zaman muda.
Hijab Kekasih, Mentera Semerah Padi, Sahabat Gua, Apokalips, Ada dan Raikan Cinta membuatkan penonton terus berdiri sehingga lagu penutup Mustika dinyanyikan.
Konsert solo tersebut tidak lengkap tanpa kehadiran kumpulan muzik ‘Gong’ terdiri daripada Aznan Alias, Firdaus Mahmud, Raffi dan Ujang Exists, yang diibaratkan seperti ‘nyawa’ buat Sifu dalam setiap persembahan dan penghasilan album beliau.
Kesimpulannya M.Nasir bukan sekadar nama, tetapi berada dalam kelas tersendiri!
Fiza Kamarudin
Mon Nov 25 2019
Aktivis Teater, Rosminah Tahir Meninggal Dunia
Aktivis dan pengarah teater disegani, Rosminah Tahir, 65, meninggal dunia di kediamannya di Keramat, Kuala Lumpur, petang Ahad.
Bercakap Dengan Jun: Recap Episod 5 & 6 - Nek Besah Curiga Status Ranum, Dipukul Kawan Baik Sendiri!
Minggu lalu penonton dapat menyaksikan perubahan hidup Jun selepas mengambil keputusan untuk menjaga bayi berbama Ranum.
THSS: Datin Alyah Tarik Diri, Dapat Panggilan Tunaikan Haji
Bintang The Hardest Singing Show (THSS), Datin Alyah mengumumkan penarikan diri daripada program tersebut.
THSS: Dedikasi Persembahan Solidariti Untuk Faisal Halim, Aepul Roza Terima Komen Positif Daripada Edry
Merupakan peserta keempat melakukan persembahan, Aepul Roza mempersembahkan lagu Panas nyanyian asal Gigi.
Ben Affleck Tak Pakai Cincin Kahwin, Tinggal Asing Dengan J. Lo
Khabar keretakan rumah tangga pasangan selebriti terkenal dunia, Jennifer Lopez dan suami, Ben Affleck seperti sudah tidak dapat dihentikan.
Ini Pesanan Bapa Mahalini Untuk Rizky Febian - “Mahalini Daripada Keluarga Saya, Keluarga Besar Saya”
Menerusi acara tersebut, bapa kepada Mahalini, I Gede Suraharja, menitipkan pesanan buat Rizky sebagai seorang suami.
Sandera Raih Maklum Balas Positif, Mila Jirin Janji Untuk Kembali Aktif Dalam Bidang Nyanyian
Agak lama tidak muncul dengan buah tangan baharu, penyanyi Mila Jirin tampil dengan single terkini berjudul Sandera.
Tunjuk Solidariti Buat Palestin Di Majlis Graduasi Di NYU, Netizen Bangga Dengan Anak PMX
Sepotong video anak bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Hana yang memakai keffiyeh ketika majlis graduasinya di New York University (NYU), Amerika Syarikat berjaya mendapat perhatian ramai.
“Tunggu Aku Balik” - Sahabat Kenang Kata-Kata Terakhir Acap
Begitu kata-kata terakhir yang diterima daripada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar oleh sahabatnya, Mohammad Fakhrul Syakirin menerusi satu panggilan video sebelum pergi bertemu Ilahi.
“Dia Tak Malu Pun Suami Belikan Kereta Second Hand Je” - Netizen Puji Atikah Suhaime, Humble & Sweet
Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa gembira sebaik sahaja menerima hadiah sebuah kereta terpakai berjenama mewah daripada suami tersayang, Datuk Lokman Teh.