Laman Utama

5 Tetuan Yang Mengendalikan Kes Berprofil Tinggi Di Malaysia, Kes #2 & #4 Tu Masih On Going! Tapi #6 Tu Siapa?

Amri Hassan
11/02/2022
10:35 MYT
Malaysia berpegang teguh pada prinsip kedaulatan undang-undang sepertimana yang termaktub dalam salah satu daripada rukun negara.
Firma perundangan membantu menjaga sistem perundangan negara bagi mengekalkan keharmonian rakyat hidup dalam aman damai.
Sudah pasti, setiap firma guaman atau tetuan yang dilantik punyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan undang-undang sama ada sivil dan jenayah.
Jom, imbas semula senarai lima tetuan popular yang pernah mengendalikan kes-kes besar dan berprofil tinggi sebelum ini.
1. Tetuan Hakem Arabi & Associates
Kes: Pembunuhan usahawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya Peguambela suspek: V. P. Vijandran, Puspha Ratnam dan Ravi Nekoo
Semua perayu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei 2013, selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pembantu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara jam 8.30 malam dan jam 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
2. Tetuan Abang Azlan & Associates
Kes: Saman fitnah siber Siti Nordiana Peguam: Abang Azlan Abang Ariffin
Siti Nordiana, 37, atau Nana memfailkan saman itu menerusi menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Sivil di sini, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah, 42.
Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.
3. Tetuan Adnan Sharida & Associates
Kes: Salah guna gambar Awie Peguam: Adnan Seman
Tindakan satu produk minuman kesihatan menggunakan gambar kepala Awie tetapi badan orang lain untuk melariskan produk telah membuatkan penyanyi kumpulan Wings tersebut meneruskan proses perundangan terhadap produk tersebut.
Peguam yang mewakili Awie, Adnan Seman dari Tetuan Adnan Sharida & Associates telah menghantar surat tuntutan kepada syarikat berkenaan.
Dalam surat itu, pihaknya menuntut syarikat berkenaan menurunkan gambar Awie yang disalahgunakan oleh agen mereka.
4. Tetuan Azlan Razak & Associates
Kes: Pembelaan kes saman fitnah siber Lan Solo & Syura Peguam: Muhamad Hafiz Hood & Alan Razak
Lima sekawan yang berdepan saman fitnah penyanyi Siti Nordiana menggunakan khidmat pasukan guaman berbeza bagi berdepan proses undang-undang yang sedang berlangsung.
Menurut peguam Muhammad Hafiz Hood, dia bersama Alan Razak hanya bertindak mewakili tiga daripada mereka iaitu Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Hassim.
5. Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co
Peguam: Mohd Khairul Azam Abdul Aziz Kes:
1. Mewakili Naib Canselor UUM Tan Sri Dr Nordin Kardi memenangi saman fitnah terhadap blogger Raja Petra Kamarudin sebanyak RM7 juta pada 26 Mac 2008. 2. Menjadi Plaintif dan menyaman Majlis Peguam Malaysia pada 16 Mei 2012 kerana meluluskan resolusi menyokong gerakan kepartian NGO BERSIH yang bercanggah dengan fungsi penubuhan Majlis Peguam. Saman dibatalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas alasan Res Judicata pihak Plaintif. 3. Mewakili Shahrul Anuar bin Abdul Aziz, tertuduh dalam kes kecurian telefon bimbit yang menyebabkan huru-hara Plaza Low Yat pada tahun 2015 dan tertuduh telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 1 Mac 2018. 4. Mewakili Dr Zakir Naik, pendakwah terkenal dunia dalam menangani kes permohonan red corner notis dan ekstradisi oleh Kerajaan India terhadap beliau. 5. Mewakili seorang yang mengaku dirinya sebagai “Sultan Melaka Darul Islam” Mahkamah Sesyen Melaka atas 4 pertuduhan jenayah kerana menipu dengan jalan samaran. Mahkamah Sesyen Melaka telah melepas dan membebaskan tertuduh pada 2 Julai 2018 apabila memutuskan Pendakwaan telah gagal membuktikan kes Prima Facie terhadap tertuduh.
6. Tetuan Ang & Rahimin
Kes: Mengambil alih slot drama 11 malam di Astro Ria Peguam: Azlan Ang, Rahimin, Budi
Tetuan Ang & Rahimin diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Wan Alauddin Wan Zainuddin mengisahkan sebuah firma guaman hampir mengalami kerugian, apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya.
Jangan lupa saksikan drama 20 episod Tetuan Ang & Rahimin bermula 14 Februari ini yang membariskan pelakon-pelakon hebat tempatan antaranya Daiyan Trisha, Ben Amir dan Rashidi Ishak.
Drama Tetuan Ang & Rahimin akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan boleh distrim di Astro Go atau Ultra Box.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.