,
Laman Utama

Aamir Khan Cerita Pengalaman Pertama Kali Bertemu Salman Khan: "Saya Benci, Dia Biadab"

Maliah Surip
07/05/2021
14:15 MYT
Aktor terkenal Bollywood, Aamir Khan pada awal pembabitannya pernah berganding dengan Salman Khan.
Kedua duanya terbabit dalam sebuah naskhah komedi yang berjudul Andaz Apna Apna. Selain Aamir dan Salman, naskhah itu juga dibintangi oleh Karisma Kapoor dan Raveena Tandon. Ia kemudian menjadi naskhah yang popular saat ditayangkan.
Ternyata Aamir Khan sebenarnya mempunyai pengalaman buruk saat pertama kali bertemu dengan Salman Khan di lokasi penggambaran.
Dalam penampilannya di program Koffee with Karan pada tahun 2013 silam, Aamir mendedahkan betapa dia membenci Salman Khan yang disifatkan sebagai seorang yang tidak bertimbang rasa dan biadab.
"Saya mempunyai pengalaman buruk sewaktu membintangi Andaz Apna Apna bersama Salman Khan.
"Saya pernah tidak menyukainya. Waktu itu. Saya ingat lagi pengalaman buruk berkerja dengannya.
"Salman seorang yang tidak bertimbang rasa dan biadab. Saya tidak mahu bekerjasama dan menjauhkan diri daripadanya selepas itu," akui Aamir Khan seperti dilaporkan Hindustan Times.
Namun, perasaan benci terhadap Salman berubah selepas mereka berdua bertemu pada tahun 2002. Waktu itu, Aamir berada dalam ambang perpisahan dengan isterinya, Reena Dutta.
Saat kehidupannya sangat buruk termasuk mengaku banyak minum sehingga mabuk, Salman telah datang kepadanya.
"Salman datang dalam hidup saya sewaktu saya berada di posisi yang sangat terpuruk. Waktu itu saya dalam proses bercerai.
"Kami terserempak dan dia katakan mahu bertemu saya. Kami bertemu, menghabiskan masa bersama, mula berbual dan akhirnya tercipta sebuah ikatan persahabatan yang terjadi begitu sahaja," kata Aamir Khan.
Sehingga kini Aamir Khan dan Salman Khan masih bersahabat baik malah karier mereka dalam industri seni Bollywood juga cemerlang.
Kredit Foto: Eastern Eye, HindustanTimes
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

gempak
09/10/2024
16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.
Hiburan

Pekin Dituduh Jadi ‘Batu Api’ Isu Fattah-Fazura, Mona Allen Tampil Bersuara - “Saya Bukan Penasihat Suami Saya"

gempak
09/10/2024
15:27 MYT
Pelakon, Mona Allen meraih perhatian selepas memuat naik tangkap layar memaparkan mesej yang dihantar oleh seorang individu kepadanya menerusi Instagram Story.
Hiburan

“Tak Apa, Saya Dah Selesaikan Tanggungjawab Saya” - Jofliam

gempak
09/10/2024
14:55 MYT
Kemelut rumah tangga pempengaruh media sosial, Jofliam dan Cik Epal akhirnya berakhir dengan penceraian.
Hiburan

Pernah Lalui Fasa Perceraian, Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Pasangan Dah Berpisah - "Kalau Rasa Tak Boleh Hidup Sama, Baguslah..."

gempak
09/10/2024
12:25 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan pesanan kepada pasangan yang sudah bercerai tidak kira lelaki mahupun wanita agar tidak membuka aib satu sama lain.
Hiburan

Video Lama Kembali Tular, Netizen Sebak Lihat Effort Fattah Surprise Fazura - “Sedihnya, Semoga Mereka..."

gempak
09/10/2024
11:55 MYT
Gara-gara kontroversi kes penceraian selebriti Fattah Amin dan Fazura, video lama pasangan tersebut kembali tular.
BorakSeeni