,
Laman Utama

“Abang Main Taik Dik, Tak Dapat Teruskan Perjuangan Rock”- Penuh Maksud Tersirat, Babak Ikonik Allahyarham Mamat Khalid Trending!

Hanafis Haris
25/10/2021
15:00 MYT

Berita duka mengenai pemergian pengarah tersohor Mamat Khalid awal pagi semalam pastinya memberi impak besar terhadap industri perfileman khususnya.

Pun begitu, karya Allahyarham dilihat masih malar segar dan ini terbukti apabila sejak semalam ramai netizen yang berkongsi babak-babak ikonik dalam filem arahan Mamat Khalid.

Bukan saja penuh dengan lawak jenaka, namun ia juga sarat dengan sindiran halus dan makna tersirat.

Antara yang rancak dikongsi netizen termasuklah beberapa sedutan daripada filem Rock Oo dan Zombie Kampung Pisang.

#1 “Tahun 1969, Belum Sampai Tahun 1970”

Babak perbualan ‘kosong’ antara watak Pak Abu lakonan Allahyarham Zami Ismail dan penduduk Kampung Pisang ini menjadi trending sejak semalam.

Ini kerana babak tersebut dikatakan antara paling ikonik pernah dihasilkan Mamat Khalid.

Malah, ia juga membawa 1,001 maksud dan antaranya termasuklah menggambarkan budaya sesetengah penduduk kampung yang suka melepak di warung kopi hanya untuk berbual kosong.

#2 “Aku Ni Pekak Bukan Buta”

Babak Hamid Gurkha sebagai Pak Mail bertembung hantu drakula juga antara yang diminati netizen.

Sedutan berkenaan juga diambil daripada filem Zombie Kampung Pisang.

Babak tersebut ternyata menggambarkan kesukaran orang ramai untuk mempercayai seseorang jika mempunyai kekurangan yang mana dalam konteks filem ini, Pak Mail mengalami masalah kurang pendengaran.

Hhahhahahhah pic.twitter.com/UvUb6RWPAX— jan (@jannnzzzzz) October 24, 2021

#3 “Abang Main Taik Dik”

Babak ini juga disifatkan antara ‘masterpiece’ daripada Allahyarham.

Menerusi filem Rock Oo, terdapat satu babak yang mana Cik Man lakonan Kamarool Haji Yusoff ditangkap kerana mengambil dadah.

“Abang main taik dik, abang keluar rumah terus kena ngap. Jaga diri baik-baik abang tak boleh teruskan perjuangan rock,” kata Cik Man.

Babak ini mungkin nampak ringkas, namun ia cukup jelas menggambarkan mengenai penyalahgunaan dadah.

"Abang main taik dik. Abang keluar rumah, terus kena ngap." Hahahhaha pic.twitter.com/wAEy0gPNbE— jan (@jannnzzzzz) October 24, 2021

Apapun ini hanya sebahagian saja yang dikongsi netizen dan masih banyak lagi babak ‘evergreen’ yang dihasilkan oleh ‘genius’ Mamat Khalid.

Malah, sejak semalam juga tanda pagar filem Man Laksa turut menjadi topik yang trending di Twitter.

Sekadar info, Allahyarham yang terkenal dengan karya seperti Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah, telah rebah di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim.

Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia pada usia 58 tahun.

Jenazah Allahyarham akan disembahyang dan dijangka dikebumikan di Masjid Kampung Paloh, Ipoh, Perak sekitar selepas Zohor.

Keluarga Allahyarham juga meminta jasa baik agar pihak yang datang menziarah tidak merakam video dan gambar demi menjaga privasi dan sensitiviti mereka yang sedang berduka.

BACA: Rakan Artis Kenang Jasa, Jenazah Mamat Khalid Dikebumikan Di Ipoh, Perak

BACA: Mamat Khalid Meninggal Dunia

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.