gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kes Zara Qairina: PM Jamin Tiada Siapa Akan Dilindungi
HIBURAN
Ross Butler Kongsi Cabaran Berlakon Di Malaysia - “Perkara Paling Sukar Adalah…”
HIBURAN
Anak Beri Restu Cinta Liam Neeson Dengan Pamela Anderson Janda Lima Kali
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Abang Tesla Kahwin Isteri Kedua Lepas 6 Bulan Kenal: “Dia Bagi Lagu Pada Saya”

Maliah Surip
Maliah Surip
25/08/2023
09:29 MYT
Sponsor Banner
Abang Tesla Kahwin Isteri Kedua Lepas 6 Bulan Kenal: “Dia Bagi Lagu Pada Saya”
Individu yang paling menjadi bualan hangat di media sosial saat ini, Abang Tesla mendedahkan secara eksklusif mengenai poligami yang menarik perhatian Malaysia.
Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad khaliltizam Yusri mengatakan menikah dengan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi selepas beberapa bulan berkenalan.
Lelaki yang senang dipanggil Kal ini juga mendedahkan berkenalan dengan wanita berusia 22 tahun tersebut melalui platform media sosial.
“Kami berkenalan selama enam bulan sebelum menikah pada 18 Ogos lalu,” kata Kal kepada Astro Gempak.
Kal, 28, melanjutkan: “Kami berkenalan melalui Insta Story. Dia hantar lagu pada saya. Kami kenal begitulah.
Tanpa melanjutkan bagaimana proses percintaan tercetus, Kal mengatakan apa yang penting perkahwinan kedua itu mendapat restu seluruh keluarga.
“Saya dapat rasa ‘getar’ bila bersama. Susah nak cakap.
“Tapi yang penting keluarga kami restu. Saya pun berkahwin dengan cara yang betul,” katanya lagi.
Kal turut memberitahu usai menikah dia telah menyediakan sebuah kediaman buat isteri keduanya yang juga berada di Johor Bahru.
“Doakan kami. Kita tak tahu kehidupan pada masa hadapan semua orang. Jadi doakan yang baik baik,” pintanya lagi.
Terdahulu video yang dimuat naik di TikTok miliknya dengan nama Abang Tesla telah mencetuskan sensasi apabila lelaki tersebut mempamerkan aksinya bersama isteri pertama solat Subuh dan menangis tiga jam sebelum berpoligami.
Lelaki yang merupakan usahawan muda itu berkahwin dengan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari sejak lima tahun lalu.
BACA: Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki​
BACA: Dikatakan Reda Tapi Hati Hancur, Ini Respons Isteri Pertama Abang Tesla​
Topic Berkaitan
#Kahwin Dua
#Abang Tesla
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement