Perkahwinan dan perceraian itu merupakan fitrah dalam kehidupan manusia.

Jodoh dan pertemuan itu bukanlah sesuatu yang mudah dijangka, namun, perceraian tidak semestinya menjadi satu pengakhiran.

Sebaliknya, ia juga boleh dijadikan pemangkin buat dimensi baru dalam hubungan kekeluargaan.

Dalam Naura Shares episod 11 malam ini, dua pelakon terkenal, Abby Abadi dan Memey Suhaiza akan berkongsi mengenai titik tolak hubungan mereka mencari keharmonian dalam keluarga.

Seperti diketahui umum, Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama suami Memey, Norman Hakim.

Namun Abby dan Memey tidak mempunyai sebarang isu atau kebencian, masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri dan hanya membina persahabatan utuh antara dua keluarga.

Nak tahu lebih mengenai perkongsian mereka? Jangan lupa saksikan Naura Shares malam ini!

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).

Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.