Pelakon Elfira Loy punyai pendirian sendiri memilih untuk tidak berkongsi perihal yang berlaku di Afghanistan ketika ini.

Biarpun dahulunya lantang menyuarakan solidariti terhadap penduduk di Palestin ketika wilayah itu bergolak, Elfira akui kali ini dia berdiam diri.

Jelas Elfira, menjadi hak individu terutama selebriti untuk berkongsi pandangan mengenai sesuatu isu global yang sedang heboh diperkatakan.

"Hidup ini tak perlulah pertikaikan orang nak muat naik hantaran apa. Suka hati dialah.

"Kalau salah muat naik hantaran dia juga yang kena. Bila tak muat naik pun kena juga.

"Cuma kalau seseorang minta artis itu untuk menulis fakta betul dan meminta pertolongannya untuk berkongsi tapi dia tak mahu, itu boleh dibicarakan," tulis Elfira menerusi sesi soal jawab di Instagram Stories pada Selasa.



Dalam sesi tersebut, Elfira ditanya pandangannya mengenai artis yang berkongsi mengenai isu Palestin tapi berdiam diri apabila timbul kemelut di Afghanistan.

Elfira bagaimanapun mengambil pengajaran yang berlaku kepada seorang rakan selebriti yang berikan amaran pengikutnya gara-gara berkongsi isu berkaitan Taliban.

"Saya ada ternampak seorang selebriti yang memuat naik isu tentang Taliban. Kemudian ada seorang pengikut menulis komen supaya dia berhati-hati ketika berkongsi hantara mengenai perkara bukan berkaitan Taliban.

"Saya pun keliru. Takut.. tapi apa yang sedang berlaku kepada mereka sangat menyedihkan. Dunia sedang sakit," jelasnya.

Sehingga kini Elfira masih belum berkongsi sebarang pandangan mengenai Taliban yang telah menawan Kabul baru-baru ini.

Foto: BBC, IG Elfira Loy