HIBURAN
Ada Masalah Pada Kotak Suara, Jeslina Hashim Berehat Daripada Menyanyi Lebih 10 Tahun - "Doktor Pernah Kata Sebab…"
Penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim mengakui rindu untuk kembali aktif menyanyi.
Namun, jelas Jeslina impian itu tidak dapat diteruskan kerana mempunyai masalah pada kotak suaranya.
"Memang saya rindu sangat nak menyanyi tapi masalahnya saya ada masalah dengan kotak suara saya. Kalau dengar pun saya cakap pun serak-serak.
"Hopefully kalau satu hari nanti kalau kotak suara saya dah okay saya harap boleh kembali menyanyi," katanya.
Pelantun lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu juga memberitahu dia tidak melakukan sebarang rawatan kerana tidak mempunyai perancangan untuk kembali ke industri seni suara selepas lebih 10 tahun berehat.
"Saya pun tak berapa pasti tapi doktor pernah kata sebab saya ada gastrik jadi acid tu macam membakar kotak suara tu, jadi lagu saya sendiri pun saya tak boleh nyanyi .. saya dah tak boleh capai note lagu tu. Dah 10 tahun dah, mungkin benda ni jadi sebab dulu saya selalu menjerit kat anak-anak saya kot.
"Setakat ni saya tak ada buat apa-apa rawatan sebab saya tak ada plan nak menyanyi , tapi setakat menyanyi manja-manja di rumah itu adalah,"katanya sambil berseloroh.
Jeslina ditemui Gempak ketika menghadiri majlis pelancaran single terbaharu Ines yang berjudul Radar.
Must-Watch Video