Aktor Norman Hakim melakukan serbuan ke atas aktiviti penjualan VCD & DVD cetak rompak secara haram kelmarin.

Menurut Norman, perasaannya berbaur apabila membuat penangkapan tersebut bersama Skuad Banteras.

“Salah satu dari dua serbuan. Ini bukan ‘cobaan’, bukan lakonan, ini ‘betul-betul’, ini realiti. Bukan main redah, tapi dah lama buat penyamaran dan risikan oleh team Skuad Banteras.

“Ada lagi lanun VCD & DVD cetak rompak ni. Cuma malam tadi dapat ‘ikan bilis’ je. Perasaan berbaur.

“Ada rasa kesian dan marah. Kesian sebab ‘ikan bilis’ ni pun berniaga untuk survival hidup dan dipergunakan oleh ‘jerung’ yang masih berleluasa.

"Yang jadi marah sebab memperniagakan karya kreatif yang dirompak sewenang-wenangnya untuk untung atas angin. Undang-undang tetap undang-undang,” katanya.

Aktiviti serbuan berkenaan turut dirakam dan dikongsi oleh pelakon berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah pelakon Gerak Khas The Movie itu, ketika serbuan dilakukan semua pegawai-pegawai Penguatkuasa Skuad Banteras amat efisien berdasarkan latihan dan pengalaman.

Malah tidak berlaku sebarang provokasi atau kekerasan kerana semuanya berjalan lancar walaupun masing-masing mempunyai senjata.

“Misi seterusnya lepas ni untuk serbu ke alamat-alamat mereka yang tak bertanggungjawab yang suka download link & share karya kreatif secara percuma tanpa izin. Ada dah alamat ni. Agak-agak siapa yang kena ya? Tunggu!” tegasnya.

Sekadar info, Norman merupakan anak seni yang aktif dalam lakonan dan pengacaraan sejak tahun 1993. Antara filem popularnya Pasrah, Nafas Cinta, Gila-Gila Pengantin dan banyak lagi.


A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)