Laman Utama
“Ada Tambahan Rawatan Baharu” - Nad Zainal Tunjuk Perkembangan Positif, Ungku Ismail Mohon Doa Yang Baik-Baik
Pelakon Ungku Ismail yang juga merupakan teman rapat Nad Zainal memaklumkan keadaan terkini aktres itu menunjukkan perkembangan positif.
Ungku Ismail ketika ditemui Gempak di sebuah perubatan di Ampang berkata terdapat penambahan rawatan baharu untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
“Dia dah ada perubahan positif cumanya doktor tidak mahu ambil mudah dengan perkara itu. Ada pernambahan rawatan selain rawatan yang sedia ada untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
“Sekarang ini doktor cuba memberikan rawatan dengan lebih efisyen lagi. Maksudnya kalau ada rawatan yang diperlukan terus bertanyakan kepada keluarga,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ungku juga menzahirkan rasa terharu dan ucapan penghargaan kepada sahabat-sahabat yang mengadakan bacaan yasin dan mendoakan kesembuhan Nad.
“Yang lain semua masih maintain dan saya mohon doakan Nad supaya diberikan kesembuhan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan Nad yang membuat bacaan Yasin.
“Doakan yang baik-baik untuk Nad dan sama-sama kita berikan semangat serta kekuatan kepadanya. Doa anda semua amat saya hargai,” ujarnya.
Ungku Ismail sebelum ini memaklumkan Nad dipercayai mengalami autoimun iaitu keadaan di mana sistem imun menyerang sel atau tisu sendiri.
Ungku Ismail berkata, dia dihubungi hospital yang memberitahu paras oksigen dalam darah Nad sudah mencecah bacaan 100 dengan alat bantuan pernafasan.
Must-Watch Video