,
Laman Utama

Ada Yang Setuju, Ada Yang Tidak, Netizen Berdebat Isu Hukum Gantung Terhadap Ibu Tunggal Edar Dadah

Izwan Isa
18/10/2021
15:20 MYT
Minggu lalu, kecoh di media sosial apabila berita mengenai seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi hukuman mati mandatori selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu.
TAWAU, 15 OKTOBER 2021-Seorang ibu tunggal kpd sembilan orang anak dij4tuhi hukuman m4ti mandatori di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu. pic.twitter.com/ViBKQIlqEp— AADK Besut (@AADKDaerahBesut) October 16, 2021 Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah, Alwi Abdul Wahab terhadap Hairun Jalmani, 55, selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Meninjau respons netizen di media sosial, rata-rata melahirkan rasa simpati terhadap hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh. Walaupun didapati bersalah, namun, ramai yang melihat hukuman tersebut tidak bersesuaian dengan keadaan semasa wanita berkenaan.
“Sumpah sedih tengok video TikTok yang ibu tunggal sara sembilan orang anak dihukum gantung sampai mati sebab edar dadah. Dia menangis tak nak diheret ke penjara, mesti dalam kepala terbayang tak boleh jumpa anak anak dia dah,” luah seorang netizen sambil meletakkan emoji sedih.
Seorang lagi pengguna Twitter turut melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap situasi yang dialami oleh tertuduh.
“Sebaknya bila tegok video yang ibu tunggal sembilan anak kena hukum gantung sebab jual dadah tu. Aku tak kenal dia tapi bila tengok video tu perasaan aku kuat mengatakan yang mak cik tu tak rela pun buat semua benda tu. Wallahualam,” tulisnya.
Dalam masa sama, ada juga yang menyifatkan jika hukuman sedemikian dikenakan kepada perasuah, pasti negara akan lebih menjadi baik.
“Kenapalah hukuman ini hanya untuk dadah sahaja. Ia juga wajib untuk perasuah-perasuah, tanpa perasuah mesti negara akan baik,” tulis seorang netizen.
Sementara itu, ada segelintir yang bersetuju dengan hukuman yang dikenakan ke atas wanita berkenaan.
“Maaf aku tak setuju kalau nak kesian kesian ni. Semua maklum dan cakna dadah ni hukumannya macam mana. Kalau dah kena tangkap baru menyesal takleh nak buat apa. Diri sendiri tahu consequences dia,” tegas seorang netizen.
Ada juga yang menyifatkan rakyat Malaysia gagal bermasyarakat apabila ibu tunggal berkenaan sanggup melakukan kerja terkutuk berkenaan.
“Kenapa ibu tunggal yang ada sembilan orang anak mengedar dadah? Itu persoalannya. Apakah keadaan hidup sebenar ibu tunggal itu?
“Bila baca berita macam ni, satu benda terlintas di fikiran aku: ‘Have we failed as a society?’” luah seorang lagi pengguna Twitter.
Terdahulu, tertuduh yang juga merupakan penjual ikan didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 113.9 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pangkalan Wakuba, Batu 15, Jalan Apas, Tawau pada pukul 5.30 petang, 10 Januari 2018.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

gempak
08/11/2024
00:55 MYT
Berita penangkapan seorang penyanyi dikir barat terkenal dari Kelantan ditangkap bersama lima rakan kerana memiliki 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu turut mendapat liputan media massa Thailand.
Viral

"280 Orang Satu Bilik" - Ini Realiti Situasi Perit, Ngeri Di Penjara Narathiwat

gempak
06/11/2024
12:25 MYT
Seorang rakyat Malaysia yang pernah ditangkap kerana disyaki memiliki dadah di Thailand berkongsi keadaan dan suasana ketika dia dimasukkan ke Penjara Narathiwat selama sembilan bulan pada 2015.
Viral

Keluarga 6 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Penjara Narathiwat Rancang Lantik Peguam

gempak
06/11/2024
11:05 MYT
Keluarga enam rakyat Malaysia yang ditahan atas dakwaan memiliki dadah di sebuah hotel di Golok, Thailand Jumaat lalu sedang mempertimbangkan untuk melantik peguam bagi membantu mereka dalam kes itu.
Berita

Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin 6 Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

gempak
05/11/2024
11:55 MYT
Perkara itu disahkan Ketua Polis Bahagian Siasatan Balai Polis Sungai Golok, Mej. Pol. Hafit Mad-asin kepada wartawan pada Selasa.
Hiburan

Penyanyi ‘Sohor’ Kelantan, 5 individu Positif Dadah

gempak
03/11/2024
11:41 MYT
Menurut sumber, sehubungan itu, keenam-enam suspek berusia antara 25 hingga 34 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk prosiding reman esok.
Unitar