Juri tetap Gegar Vaganza (GV7), Datuk Ramli MS menjawab pertanyaan seorang individu berkenaan penyingkiran Yantzen.

Ramli menerusi ruangan komen membalas pertanyaan itu dengan memberikan penjelasan mengenai penilaian markah.

“Handsome dan cute kita tidak bagi markah. Warna suara dan range pun kita tidak beri markah. Apa sahaja pemberian Tuhan kita tidak bagi markah.

“Tapi Tuhan bagi minda, dalam suara kena ada interlek bila artis itu mempersembahkan karya mereka,”jelasnya.



Konsert suku akhir Gegar Vaganza (GV7) menyaksikan Yantzen diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Yantzen yang berada pada kedudukan terakhir menerima jumlah markah sebanyak 44.50%.

BACA: Kecundang Di Pentas Suku Akhir, Yantzen 'Cool, #Staycute

BACA: Corat-Coret Suku Akhir GV7: Cliff Umar Kena Tampar, Muss Pula Naik Syeikh

BACA: GV7: Muss Kembali Rampas Takhta! Ini Recap Dan Komen Juri Di Suku Akhir

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.