,
Viral

Adik Lelaki Cuba ‘Sailang’ Suami Kakak - “Dia Confess Dekat Suami Aku”

Gempak
24/03/2024
00:55 MYT
Sering kita mendengar kisah tentang pihak ketiga yang gemar menyondol suami orang. Dan hal itu tidak hanya tertakluk pada dunia hiburan semata-mata.
Sebaliknya, secara realitinya, aktiviti ‘sailang’ suami atau isteri orang merupakan perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Begitu juga dengan seorang wanita yang mendedahkan kisah yang hampir serupa menerusi platform NGL yang kepunyaan seorang pengguna platform X.

Adik 'try suami

Menerusi pendedahan yang dibuat, wanita berusia 25 tahun itu mendakwa suaminya menjadi mangsa 'cubaan' adiknya sendiri. Lebih memburukkan keadaan, adiknya merupakan seorang remaja lelaki yang masih bersekolah!
“Aku perempuan 25 tahun, suami lelaki 25 juga. Adik aku lelaki 15 tahun dan dia duduk dengan kami sebab aku yang ajak dia. (Pada) awal perkahwinan, aku takut dan dia sekolah dekat sini.
“Aku tak bekerja jadi aku memang ada dekat rumah 24 jam seminggu. Kadang-kadang je ikut suami aku sebab dia suka ajak,” katanya yang mendakwa suaminya bekerja secara sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat.

Confess dalam kereta

Wanita itu menambah, dia mendapat tahu adiknya cuba untuk sailang suaminya selepas adiknya itu mengajak si suami untuk keluar membeli peralatan sekolah.
“Semalam tiba-tiba dia ajak suami aku keluar pergi beli barang sekolah. Lepastu suami aku pun ok je la sebab memang selalu dia suka beritahu malam-malam nak beli barang semua. Sekali dia confess dekat suami aku Mein. Aku nak menangis.
“Suami aku tunjuk video dari dalam kereta sebab dashcam aku jenis record depan, belakang, dalam. Jadi dia tunjuk dekat aku dan aku dengar clear Mein dia confess dekat suami aku.
Bagaimanapun, suami wanita itu meminta supaya wanita tersebut tidak memarahi adiknya.

Bimbang murung

“Suami aku minta jangan marah adik aku sebab takut nanti dia murung. Tapi semalam suami aku basuh dah lah dia sikit cakap ini tak boleh semua. Dia suggest untuk bawa adik aku pergi kaunseling. Tak mengapa ke? Kesian la pula dekat dia.
“Hari ini adik aku nampak murung sikit. Aku pulak kesian. Bila aku tanya kenapa, dia jawab ‘kena reject’. Aku try lah tnya siapa, dia tak nak jawab. Apa patut aku buat?” kongsi wanita itu panjang lebar.
Menerusi ruangan balasan, ramai dalam kalangan netizen terkejut dengan pengakuan tersebut.
Ada yang memberi pendapat supaya mengasingkan adik lelakinya itu daripada suami.
Sumber: Platform X Gambar hiasan: Cafe Mom, Adn

BERITA TRENDING: Penyanyi Dangdut Disyaki Pakai Susuk Di Alat Sulit, Rampas Suami Orang

BERITA TRENDING: Isu 'Sailang' Bekas Kekasih BFF, Cupcake Aisyah Akhirnya Bersuara! - "Saya Tak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar