,
Laman Utama

"Aidil Mai Rumah Kami & Tidur Dengan Anak Seminggu" - Rita Rudaini Pecah Rahsia!

Zulaikha Yusof
31/01/2021
08:55 MYT
Kemelut yang melibatkan antara aktres Rita Rudaini, 45, dan bekas suami, Aidil Zafuan, 34, nampaknya masih belum temui titik noktah.
Hari ini, Rita mendedahkan Aidil pernah datang ke rumah dan tidur dengan anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selama seminggu.
Difahamkan, kejadian tersebut terjadi sebelum Aidil mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal.
Malah, katanya dia turut memasak untuk Aidil dan anak-anak makan bersama.
Tegas pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, dia terpaksa membuka rahsia kerana sudah banyak fitnah yang tersebar.
"Siap masak bagi ayah dan anak makan bersama-sama. Jadi apa lagi? Haishh sebenarnya tak mau cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur fitnah kan. Jadi inilah kisah," kata Rita menerusi ruangan komen di Instagram (IG).
Perkongsian itu turut dikongsikan sedikit sedutan temu ramah Rita bersama dengan Melodi.
Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini berharap agar pihak berkaitan tidak melenting kerana dia berkongsikan cerita sebenar.
Malah, dia turut memohon agar tidak lagi menggangu kehidupannya bersama anak-anak.
"Jangan marah na. Ini adalah kisah benar, tak baik mohong (tipu). Dosa.. Bila dah ada yang mengungkit, jadi makanya kami nak habaq (bagitahu) lah perkara sebenar.
"Jangan dok kata kami yang dok hingaq (bising). Jangan dok kacau kami la kalau dah rasa bahagia dengan plan korang.
"Ke masih tak puas hati tengok saya masih elok hidup besarkan malaikat kecil saya? Insya-Allah. Allah tak pernah tinggalkan kami. Saya percaya, Allah akan lindungi orang yang benar dan teraniaya.
"Bahagia la dengan cara sendiri. Masing-masing ada bahagian yang Allah dah janji. Jangan cuit, kalau tak mau terpelanting," tulisnya lagi.
Terdahulu, Aidil mengeluarkan kenyataan mengenai kekesalannya difitnah dan dimaki sehingga meneybabkan dia tampil bersuara mempertahankan diri.
BACA: Saya Beri Nafkah Kepada Anak Setiap Bulan Tanpa Gagal..." - Sering Difitnah Aidil Zafuan Tampil Bersuara
Tidak mendiamkan diri, Rita menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa bekas suami, iaitu mengenai pemberian nafkah kepada anak-anak.
BACA: "Berbunyi Pasal LHDN Ke? Kenapa Pergi Claim? Kesian Saya Bela Anak Sorang-Sorang - Rita Rudaini Balas!
Instagram: @ritrud727
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar