Laman Utama
Tak Sorok Buat Pembedahan Potong Usus, Peminat Seronok Tengok Perubahan Aishah - “Antara Artis Yang Jujur…”
Sejak kebelakangan ini, penampilan penyanyi Datuk Aishah sering menjadi tumpuan netizen dan juga peminatnya.
Masakan tidak, perubahan ketaranya berlaku selepas menjalani pembedahan bariatrik, atau dalam bahasa mudah pembedahan potong usus sekitar empat tahun lalu.
Terkini, penyanyi yang popular dengan lagu Camar Yang Pulang itu mendedahkan yang dia telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 50 kilogram sejak menjalani pembedahan berkenaan.
“Jauh perjalanan. Weight loss journey. Gambar kiri minggu ketiga Gegar Vaganza 4. Gambar kanan terbaharu semasa shooting klip video single terkini Dari Jauh. 50 kilogram loss.
“Kalau ikut my final target weight loss ni ada dua kilogram lagi nak diturunkan, tapi ramai pulak yang menegur supaya jangan kurus lagi - ayat yang saya tak pernah dengar seumur hidup sebelum ini.
“Apa-apa pun asalkan saya sihat, itu yang penting,” tulisnya menerusi kapsyen yang dikongsikan di Instagram.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Aishah, dan tidak kurang juga yang memuji penampilan terbaharunya.
“Bagus Kak Chah. Niat kurus untuk sihat dan tak pernah nak sorokkan kebenaran kurus tu sebab pembedahan bariatrik. Semoga Kak Chah terus sihat, dipermudahkan beribadah dan sentiasa terpelihara dari sebarang musibah, dihindarkan kesulitan dan dipermudahkan segala urusan.”
“Terbaik Kak Aisyah. Antara artis yang jujur mengaku buat bariatrik dan tak jual produk kurus. Ramai sahaja yang menipu kata puasa sunatlah, makan ubat kuruslah, makan jamulah… Hidup-hidup kena tipu. Pentaksub pun percaya.”
“Dulu-dulu nampak comel, sekarang nampak macam cikgu yang garang.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video