Pelakon cantik Mimi Lana mendedahkan dia ada mengalami kecederaan ringan ketika menjalani penggambaran filem Saka Nan Sepi.

Mimi, 25, memberitahu perkara itu menerusi Instagram (IG)nya ketika mengadakan sesi soal jawab bersama peminat di ruangan Instastories.

Kata pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin, dia tersalah landing lutut sehinggakan menyebabkan dia jalan terhincut-hincut.

"Ada cedera. But very mild. Tersilap landing lutut dulu dekat tengah antara dua tilam tu. Jadi esoknya terhincut-hincut pergi set," katanya.



Selain Mimi, filem komedi seram itu turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Syafiq Kyle, Namron, Sherry Alhadad, Han Zalini dan Ayie Hushairi Husa.

Saka Nan Sepi menceritakan keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.

Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti.

Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy (Han Zalini).

BACA: Review Gempak: Dalam Gelak & Seram, Saka Nan Sepi Bawa Mesej Keluarga & Agama

Jadi, jangan lupa saksikan Saka Nan Sepi di Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.

BACA: Wow! Filem Saka Nan Sepi Dapat 8.4 Rating Review