Pelakon Nad Zainal akui mempunyai rasa bimbang jika lakonannya dalam drama bersiri Dendam Seorang Isteri bakal menimbulkan stigma yang kurang enak.
Namun Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 31, bersyukur kerana babak ‘panas’ yang dilakonkannya berakhir sebelum menjelang Ramadan.
“Saya sedar watak saya ini akan menjadi bahan kecaman tetapi keterujaan saya untuk berlakon dalam drama ini melebihi daripada perasaan takut dengan pandangan orang itu.
“Bagaimana pun bila fikir Ramadan hendak menjelang tiba ini sedikit sebanyak kerisauan itu mesti lah ada.
“Saya lega kerana kebetulan babak yang ada ‘scandalous’ dan ‘panas’ itu bakal berakhir sebelum Ramadan iaitu sehingga episod 7 sahaja,” katanya.
Nad ditemui ketika majlis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro yang berlangsung di restoran De.Wan 1958 by Chef Wan di The Linc KL, Kuala Lumpur semalam.
Selain Nad, Dendam Seorang Isteri iaitu drama adaptasi drama bersiri Korea popular yang berjudul ‘Temptation of Wife’ turut dibintangi Fasha Sandha, Wan Raja dan Aidit Noh.
Tambah Nad lagi, dalam Dendam Seorang Isteri bukan sahaja dia perlu bermain dengan emosi malah penat apabila mempunyai babak aksi bila bergaduh.
“Bolah dikatakan setiap episod ada babak bergaduh. Penan tu semestinya tetapi saya seronok kerana kita bersama pelakon yang boleh dianggap sebagai kawan.
“Malah setiap hari kami siap berbincang nak Tarik rambut macam mana dalam babak tu supaya drama itu lebih menarik,” katanya lagi.
Dendam Seorang Isteri sudah mula bersiaran di Saluran Astro Prima HD (105) dan Prima (126) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang.
Syafiqah Jalal
Thu Mar 24 2022
.jpg?ext=.jpg)

Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Wah tahniah!

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"
Usaha tangga kejayaan.
.jpg?ext=.jpg)
Azhar Osman Bekas Rakan Duo Hael Husaini, Sah Bergelar Suami Sekali Lafaz
Tahniah Azhar dan pasangan

Gigi Dah Cantik Tapi Pasang Pendakap, Iman Troye; “Kadang Insecure Bila Bercakap Depan Orang..”
Makin berkeyakinan lepas ni.
.jpg?ext=.jpg)
#TheGiftedGraduation : Berjayakah Time Memasuki Kelas Gifted? Saksikan Episod 2 Untuk Mengetahui Jawapanya
Episod dua dah

#Foodieslife - Perut Memulas Waktu Pagi Lepas Minum Kopi? Ini Sebabnya…
Oh begitu rupanya...
![[VIDEO] “Mula-Mula Kongsi Kek, Lama-Lama Kongsi Kasih…” - Netizen Sekali Lagi Kenenkan Zara Zya dan Shuib [VIDEO] “Mula-Mula Kongsi Kek, Lama-Lama Kongsi Kasih…” - Netizen Sekali Lagi Kenenkan Zara Zya dan Shuib](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(31).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Mula-Mula Kongsi Kek, Lama-Lama Kongsi Kasih…” - Netizen Sekali Lagi Kenenkan Zara Zya dan Shuib
Lagi sekali Shuib dan Zara Zya
.jpg?ext=.jpg)
"Ya Allah Hancur Betul Hati Ini..." - Bella Astillah Kehilangan Nenek 8 Bulan Selepas Atuknya
Al Fatihah Nenek Bella
![[VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja [VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(27).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Bagus, Merendah Diri.." - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja
Bertuahnya budak tu

“Syukur Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” - Beto Kusyairy Kagumi Yayan Ruhian
Lakonan Beto dengan Yayan ni memang power guys.