Laman Utama

"Aku Minta Allah Pelihara Aib Ini" - Sharnaaz Ahmad Henti Ulas Isu Ustaz Ebit Lew & Caprice

gempak
Zulaikha Yusof
22/07/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
"Aku Minta Allah Pelihara Aib Ini" - Sharnaaz Ahmad Henti Ulas Isu Ustaz Ebit Lew & Caprice
Pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, menyatakan dia tidak berpihak pada mana-mana pihak dalam kemelut panas yang membabitkan pendakwah Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice.
BACA: “Sit Down, Talk, Forgive, Join Together” - Sharnaaz Harap Isu Caprice, Nadir Dan Ebit Lew Selesai Cara Baik
Tegas Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata dia hanya ingin menjaga aib sebelum situasi menjadi semakin keruh.
"Sahabat ku sekalian, aku tak berpihak pada sesiapa. Ebit pun tak, Caprice pun tak.. Ada aib yang kita perlu jaga sebelum nama dan agama kita sayangi ini terjejas.
"Maafkan aku kalau aku buat pandai. Tapi kebenaran ini berat untuk semua rakyat terima, untuk Malaysia dan umat Islam," tulisnya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon filem Jebat ini memberitahu dia tidak akan lagi mengulas mengenai kontroversi tersebut.
Katanya, dia menyerahkan pada Ustaz Ebit Lew dan Caprice untuk berbincang mencari jalan penyelesaian.
"Kata aku tak tau cerita pandai pandai hentam? Sahabat.. aku tau, dan lebih pada tau.
"Cuma aku minta Allah pelihara aib ini, demi agama dan Malaysia. Aku stop cakap pasal benda ni..
"Bincanglah elok elok .. Dua-dua ikon.. act like one," tulisnya lagi.
Sebelum ini nama Caprice menjadi kontroversi selepas memuat naik beberapa hantaran di IG, meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.
Isu menjadi semakin panas apabila nama Ustaz Ebit Lew turut disebut dan warganet mengecam tindakan tersebut sehingga mendakwa Caprice dengki dengan penceramah bebas tersebut.
Bagaimanapun, selang beberapa hari, Caprice tampil memohon maaf kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ustaz Ebit Lew.
BACA: Mengaku Bertindak Ikut Emosi, Caprice Mohon Maaf Kepada TMJ, Hishamuddin, Ebit Lew & Malaysia
BACA: "21 Julai Ini Semua Akan Didedahkan, Saya Dah Cari Tempat Yang Selamat ..." - Caprice-Diugut?
Caprice juga memilih untuk tidak bersama-sama yang lain pulang ke Malaysia kerana akan meneruskan perjuangan di Palestin secara bersendirian.
BACA: Caprice Teruskan Misi Seorang Diri, Tak Ikut 'Team' Balik Malaysia - "Tolong Doa Untuk Saya Agar Perjalanan Berjalan Dengan Lancar"
Manakala Ustaz Ebit Lew mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang semalam selepas diasak dengan pelbagai kontroversi dan pendedahan.
BACA: Bersedia Saman Malu Individu Yang Mengaibkannya, Ustaz Ebit Lew: "Saya Sangkal, Semua Fitnah Semata Mata"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live