Viral

“Aku Tak Kacau Hidup Orang So Please Jangan Fitnah Aku” - Cik Epal Lawan Tetap Lawan! Tunggu Permohonan Maaf Dari Pemfitnah

gempak
Mya Amri
29/12/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Aku Tak Kacau Hidup Orang So Please Jangan Fitnah Aku” - Cik Epal Lawan Tetap Lawan! Tunggu Permohonan Maaf Dari Pemfitnah
Pempengaruh, Cik Epal bakal meneruskan samannya terhadap dua individu yang didakwa melakukan fitnah terhadap dirinya.

Minta maaf atau saman!

Menurut Cik Epal, tindakan itu akan dilakukan sekiranya dua individu yang merupakan suami isteri itu tidak membuat permohonan maaf seperti yang dituntut.
“Aku masih menunggu permohonan maaf secara terbuka dari laki bini delivery ini. Siapa kata aku tak berani saman? Quray (gelaran Dewi) pun dah dapat surat saman.

“Aku kalau aku cakap aku nak buat, aku buat. Aku bukan sembang punya orang. “Mohon maaf secara terbuka atau aku samaniah (saman) sahaja. Pilihan di tangan laki bini delivery ini. “Aku hidup tak kacau orang so please jangan fitnah aku,” tegasnya menerusi hantaran di Insta Story.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Jumpa Di Mahkamah Nanti” - Cik Epal Keluarkan Surat Saman Terhadap Dewi

Mahu jaga nama baik, jangan berani burukkan

Dalam pada itu, Cik Epal juga menjelaskan sepanjang menjadi seorang blogger dan pempengaruh, dia cukup menjaga nama baiknya.
Disebabkan itu dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada cubaan untuk memburukkan namanya.
“Dari dulu aku jaga nama aku dengan cukup baik. Dari zaman aku jadi blogger, banyak brand-brand besar pernah hire aku.
“Celcom? Digi? Dutch Lady? Vaseline? dan banyak lah lagi. Sebut sahaja apa nama brand besar dalam Malaysia ni.
“Selalu sahaja aku dapat job review depa dulu. Aku main sosial media dah berzaman. Aku branding kan diri aku dengan nama ‘Cik Epal’ tu dah lama.
“Kalau dapat apa-apa job, aku komited gila buat kerja aku. Orang yang pernah bekerja dengan aku, tahu macam mana aku deliver setiap kerja yang aku dapat.

“Jadi kalau ada yang mencuba merosakkan nama dan reputasi aku yang dah lama aku bina, memang aku tak kan bagi peluang dah la. “Engko hidup tak kan nak fitnah orang je kan? Tak ke sia-sia je hidup sebab kaki fitnah?” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Skandal Dengan ‘Ammar’ Ketika Masih Bergelar Isteri, Ini Respons Cik Epal - “Nak Nampak Dia Good Good Acah Suci”

ARTIKEL BERKAITAN:Sebab Beg Tangan, Jofliam Nak Pukul Pembantu Peribadi Cik Epal?

ARTIKEL BERKAITAN:“Pulangkan Hidung, Saya Pulangkan Mustang” - Video Perbualan Jofliam & Cik Epal Raih Perhatian Ramai

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Tutup Buku, Dewi Mahu Buat Sumpah Laknat - “Saya Bukan Penyebab Rumah Tangga Awak Hancur”

ARTIKEL BERKAITAN:“Siapa Makcik Untuk Masuk Kawasan Rumah Saya Suka-Suka Hati?” - Cik Epal Bengang Dengan Mak Dewi, Dakwa Siap Ada Akses Kad

Terdahulu, dua individu terbabit mendakwa menjadi saksi Cik Epal bersama Ammar.
Namun dakwaan tersebut telah disangkal oleh Cik Epal dengan tegas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024