Para selebriti juga tidak melapaskan peluang untuk merakam dan berkongsi gambar 'newborn' bayi mereka untuk tatapan peminat di media sosial.
Baru-baru ini, pelakon Che Puan Juliana Evans dan suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj tidak ketinggalan untuk mengabadikan gambar kenangan anak sulung mereka, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah untuk sesi 'newborn photoshoot'.
Gambar-gambar menarik sepanjang sesi penggambaran itu dikongsikan oleh jurugambar bebas Tiny Winy Photography menerusi akaun Instagram mereka.
Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.
Hasil perkahwinan itu, Juliana dikurniakan anak perempuan yang dilahirkan pada 13 Julai 2019.
Jom layan gambar-gambar 'Newborn Photoshoot' Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah: